Makan Di Soru Station Shah Alam Seksyen 13

SHARE:

Pada malam hujung minggu, saya dengan keluarga pergi makan di Soru Station Shah Alam dan sebelum ini saya pernah pergi ke Soru Station Setia...


Pada malam hujung minggu, saya dengan keluarga pergi makan di Soru Station Shah Alam dan sebelum ini saya pernah pergi ke Soru Station Setia Alam dan keluasannya juga berbeza kerana Soru Station Shah Alam ini ada 1 tingkat sahaja dan juga terletak di corner lot berdekatan dengan Aeon Mall Shah Alam.
Soru Station Shah Alam

12A, Jalan Boling Padang E 13/E, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

010-554 7701

Banyak menu tersedia di dalam kedai Soru Station ini di setiap cawangan berbeza iaitu di sekitar Selangor dan juga Kuala Lumpur. 


Ramai orang hari ini dan penuh crowded dengan setiap pelanggan kemungkinan daripada kawasan yang berdekatan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak suka kerana makanan sampai lewat seperti air dan juga makanan. Air saya sampai selepas habis semua makanan dan juga Soru Station Shah Alam ini boleh pula terlupa satu lagi menu makanan yang saya pesan.


Rasa di Soru Station ini memang tidak dapat dinafikan kerana begitu sedap sekali tapi daripada servis hidangan pula saya rasa perlu banyak diperbaiki kerana memang lambat. Hampir 1 jam juga baru semua makanan menu yang saya pesan untuk makan saya berserta dengan keluarga untuk siap.

Saya rasa Soru Station Setia Alam lagi pantas di dalam hidangkan makanan kepada pelanggan daripada Soru Station Shah Alam. Itu sahaja pendapat saya dan makanan semuanya ok dan sampai dengan selamat.

Saya bayar gunakan TNG eWallet dan selain daripada itu anda boleh menggunakan Kad Debit / Kredit Kad, bayar FPX Online Bank dan juga bayar menggunakan cash sahaja di kaunter.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content