Malbatt Misi Bakara

SHARE:

Filem Malbatt Misi Bakara merupakan filem berdasarkan peristiwa ‘Black Hawk Down’ dimana menceritakan sisi pasukan tentera Malaysia ketika m...


Filem Malbatt Misi Bakara merupakan filem berdasarkan peristiwa ‘Black Hawk Down’ dimana menceritakan sisi pasukan tentera Malaysia ketika mereka terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia.

Seramai 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 terbabit dalam misi pengaman di Somalia pada 1992 hingga 1995.

Filem ini akan membawa penonton menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia.

Sebelum ini, penggemar filem sudah disajikan dengan filem Hollywood berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, namun filem berdurasi hampir tiga jam itu, hanya sekali dialog ‘Malay Army’ disebut.

Malbatt: Misi Bakara diarahkan oleh Andrian Teh menampilkan pelakon seperti menampilkan Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifly, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Gambit Saifullah, Safwan Nazri, Ikhram Juhari dan Theebaan G.

Filem Malbatt Misi Bakara mencipta rekod sebagai filem termahal pernah dihasilkan oleh karyawan tempatan apabila kos pembikinannya menelan belanja sebanyak RM20 juta.

Malbatt: Misi Bakara dijadualkan tayangan pada Ogos tahun ini

Malbatt: Misi Bakara
Tarikh Tayangan: Ogos 2023
Pengarah: Adrian Teh
Produksi: Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw

Watak Pelakon
Bront Palarae sebagai Mejar Adnan
Shaheizy Sam sebagai LKPL Ramlee
Hairul Azreen sebagai LT Ismail
Zahiril Adzim sebagai LT Dahari
Iedil Dzuhrie sebagai LT Mustafa
Adlin Aman Ramlie sebagai KOL Rahman
Fauzi Nawawi sebagai Mejar Osman
Tony Eusoff sebagai Mejar Abd Samad
Syazwan Zulkifly sebagai LT Johan
Dafi Ismail Sabri sebagai LKPL Zulkifli
Taufiq Hanafi sebagai LKPL Fuad
Nafiez Zaidi sebagai LKPL Nik Zainal
Dini Schatzmann sebagai SGT Hamid
Gambit Saifullah sebagai SGT Mukhriz
Safwan Nazri sebagai PTE Isa
Ikhram Juhari sebagai LKPL Wahid
Theebaan G sebagai LKPL Shah

Sinopsis Malbatt Misi Bakara
Kisah benar tentang operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content