MyKasih ~ eKasih : Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023 DAN 4 Jenis Bantuan Yang Boleh Diterima Individu Yang Berdaftar Dengan e-Kasih

SHARE:

MyKasih ~ eKasih : Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023 Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan PRIHATIN Kasih, iaitu sejeni...

MyKasih ~ eKasih : Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan PRIHATIN Kasih, iaitu sejenis inisiatif cashless (Sistem MyKasih) menggunakan MyKad untuk membeli barangan rumah.

Sebelum ini, Program Bantuan KASIH JOHOR telah dilaksanakan bagi rakyat di negeri Johor.

Terkini, difahamkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) iaitu bantuan tambahan STR akan disalurkan melalui program MyKasih bagi penerima yang layak.

Tahukah anda apakah itu sistem MyKasih, cara mendaftar / memohon dan bagaimana ia berfungsi?

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang MyKasih untuk makluman bersama.


Apakah MyKasih Foundation?

MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.


Bagaimanakah Ia Berfungsi?

Apabila keluarga terpilih disetujui oleh penderma, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, di mana butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.

Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.

MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

Cara Semakan

Semakan boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:

i) Semakan SMS :

  • Anda akan menerima SMS untuk memaklumkan kelulusan dan bantuan anda telah diproses.
  • Sila pastikan nombor telefon terkini anda didaftarkan dengan MyKasih.

ii) Semakan Prihatin Kasih

Bagaimanakah cara nak tahu status Prihatin Kasih? Anda boleh semak kelayakan anda mengikut langkah ini:

  • Layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/
  • Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  • Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.


iii) Semakan Program Bantuan KASIH JOHOR

  • Layari portal semakan di MyKasih di pautan berikut: https://apps.mykasih.net:8443/mkjohor/
  • Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan Kasih Johor anda di sini SEMAK STATUS
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  • Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah atau SARa ini boleh disemak melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ

Mereka yang layak akan mendapat status seperti di bawah:

Bagi yang tidak layak, anda akan mendapat status seperti berikut:

  1. Layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/ ðŸ‘ˆðŸ‘ˆðŸ‘ˆ
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.


Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Secara asasnya, anda boleh merujuk kepada langkah dan gambar rajah di bawah:

Cara Daftar / Permohonan MyKasih

Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.

Sistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. 

Ringkasnya, bantuan eKasih adalah untuk mereka yang miskin tegar. 

Untuk mengetahui syarat kelayakan permohonan eKasih berserta cara memohon bantuan ini, baca info selanjutnya di bawah.


Apakah eKasih?

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima. 

Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:

  • Membuat semakan status kemiskinan secara online
  • Menyelaraskan maklumat bantuan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan



Syarat Kelayakan

Bagi memohon bantuan eKasih, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.


Syarat-syarat kelayakan lain adalah seperti berikut:

  • Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  • Warganegara.
  • Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri

* Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Pengukuran PGK Tahun 2016 yang digunapakai mulai 1 Januari 2019.

Secara umumnya, terdapat empat punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada :

  1. Pekerjaan Bergaji.
  2. Bekerja Sendiri.
  3. Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan.
  4. Pindahan Semasa diterima.

Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah tersebut.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Untuk rujukan yang lebih terperinci, PGK semasa adalah seperti berikut mengikut negeri


Proses Permohonan


Panduan Pendaftaran eKasih 2023

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)


Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.


Maklumat Yang Diperlukan

Untuk memohon eKasih, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu

  1. Butiran KIR dan AIR
  2. Lokasi
  3. Kediaman
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan pekerjaan
  6. Harta
  7. Kesihatan
  8. Bantuan
  9. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.


Semakan Status eKasih 2023

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2022, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri melalui pautan https://www.icu.gov.my/

Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

Pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada pertanyaan@icu.gov.my

4 Jenis Bantuan Yang Boleh Diterima Individu Yang Berdaftar Dengan e-Kasih

Pendaftaran e-Kasih akan mewujudkan nama seseorang dalam data kerajaan.

Berikut adalah antara bantuan yang pernah dikongsikan oleh penerima eKasih:

Melalui data ini, pendaftar layak untuk menerima beberapa jenis bantuan kerajaan contohnya:


1. Program MyKasih

Pada tahun 2021 – Januari 2022, mereka yang tersenarai dalam data eKasih akan menerima bantuan RM100 sebulan untuk tempoh 3 bulan di bawah Program MyKasih.

Semakan status Program MyKasih boleh disemak melalui pautan berikut: https://www.mykasih.com.my/site/ ðŸ‘ˆðŸ‘ˆðŸ‘ˆðŸ‘ˆ

2. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan Perpaduan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat bagi tahun 2023.

Melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), penerima yang layak akan mendapat bakul makanan bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.

Semakan kelulusan boleh dibuat melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) 👈👈👈


Program ini akan bermula pada Julai hingga Disember 2023.


3. I-Suri (Insentif RM480 KWSP)

Surirumah yang berdaftar dengan e-Kasih juga layak memohon bantuan di bawah skim i-Suri KWSP.

Dengan caruman serendah RM5 sebulan atau RM60 setahun, surirumah boleh mendapat insentif RM480 setahun daripada kerajaan di bawah skim ini.



4. Bantuan JKM

Terdapat 11 jenis Skim Bantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – Bulanan RM150 hingga RM1000
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC); – RM500 sebulan seorang.
  3. Bantuan Am Negeri – Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  5. Bantuan Orang Tua (BOT); – RM500 sebulan seorang.
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA); – RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP); RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP); – RM200 sebulan seorang.
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP); – Maksimum RM2,700 sekaligus.
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS).



sumber:ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content