Pegawai Kanan Herdik Polis Berpangkat Rendah Didakwa Dalam Proses Dibuang Kerja

SHARE:

Sejak semalam, tular sebuah video berdurasi 26 saat menyaksikan seorang pegawai atasan mengherdik seorang lans koperal yang sedang menjalank...


Sejak semalam, tular sebuah video berdurasi 26 saat menyaksikan seorang pegawai atasan mengherdik seorang lans koperal yang sedang menjalankan tugas. Insiden terbabit dipercayai berlaku di sebuah kawasan kedai makan berlokasi di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Kau tak layak, pangkat lagi kecil dari aku…Lans Koperal betul, pangkat dah la rendah

Awalnya, anggota lelaki berkenaan bersama rakan setugas menuju ke sana selepas mendapat aduan daripada orang awam mengatakan ada seorang wanita menyamar sebagai polis untuk menuntut hutang bagi wakil rakannya. Apabila diminta bekerjasama, wanita yang mengaku dirinya sebagai Pegawai Kanan Polis Bukit Aman itu cuma mengeluarkan kad pengenalan sahaja tanpa menunjukkan sebarang kad kuasa.

@acurose_official

kenapa mara marah ni

♬ original sound - Acurose🌹


Saya berasa integriti sebagai anggota pangkat rendah dipersendakan oleh pegawai kanan – Pengadu

Merasakan polis bawahan itu tidak layak memeriksanya, saat itulah dia mula melenting dan merendah-rendahkan pangkat seorang Lans Koperal. Kejadian itu berlaku di tempat terbuka dan ia amat mengaibkan maruah mereka berdua kerana didapati ada orang awam yang tersenyum sinis.


Sedang dalam proses per.37 untuk dibuang kerja

Dalam perkembangan terbaru, katanya isu berkenaan telah mendapat perhatian serius Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS). Pegawai Kanan tersebut kini didakwa sedang dalam proses tindakan tatatertib dan didapati mempunyai rekod sebagai petugas yang bermasalah.



Kredit : Twitter Malaysia Most Viral, Portal Majoriti7 & TikTok Acurose, Berita Kini, KisahDunia

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content