Pelakon Lelaki Muka Soleh Dan Baik Didakwa Pukul Girlfriend Dalam Kereta Berkali-Kali

SHARE:

Gambar Hiasan Seorang pelakon lelaki yang memiliki wajah soleh dan baik didakwa memukul teman wanitanya berkali-kali di dalam sebuah kereta....

Gambar Hiasan

Seorang pelakon lelaki yang memiliki wajah soleh dan baik didakwa memukul teman wanitanya berkali-kali di dalam sebuah kereta.

Pengguna TikTok @rizzaizizi di TikTok, mendakwa dia saksi kejadian tersebut.

“Ternampak seorang pelakon lelaki ni bergaduh dengan seorang perempuan, ingatkan gaduh biasa je lah. Masuk kereta dengar bunyi perempuan jerit-jerit bila tengok kereta tu nampak lelaki tu pukul-pukul banyak kali pulak tu,” katanya.

Dia cuba untuk menolong namun wanita itu seperti takut dan tidak mahu keluar daripada kereta.

“Saya pergi nak tolong tapi perempuan tu nangis-nangis and tak nak keluar kereta pulak. Kenapa lah awak tak nak keluar dari situasi bila ada peluang orang nak tolong.

“Yang lelaki tu pulak, kalau nak bertumbuk pun cari la pairing ala-ala commando ke rambo ke baru la bermaruah sikit otot-otot tu,” dakwanya.
@rizzaizizi

😡

♬ original sound - Riz Zaizizi af6
Malah, dia turut menawarkan diri untuk menjadi saksi untuk kejadian itu.

“Abang nak bagitahu dekat perempuan tu kalau terbaca post ni, jangan la takut nak tinggalkan lelaki macam tu and kalau pergi buat report, abang boleh jadi saksi,” ujarnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya siapa gerangan pelakon lelaki tersebut.

“Kasi hint sikit pelakon kan ramai. Yang muka soleh ke muka pecah rumah ke, drama tengah trending ke..ahhh gitu,” komen netizen.

“Mmmmm.. muka soleh insyaAllah, drama yang trending kurang pasti sebab tak follow drama,” balas individu berkenaan. -CARI

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content