Pelitup Muka Tidak Wajib Dalam Pengangkutan Awam, Hospital Mulai 5 Julai 2023

SHARE:

Pelitup muka tidak wajib dalam pengangkutan awam, hospital mulai Rabu ini. - Foto NSTP KUALA LUMPUR: Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwaj...

Pelitup muka tidak wajib dalam pengangkutan awam, hospital mulai Rabu ini. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan termasuk hospital, mulai 5 Julai 2023 iaitu rabu depan.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata individu positif COVID-19 bagaimanapun dikehendaki (tidak diwajibkan) memakai pelitup muka ketika berada di klinik atau hospital serta di dalam pengangkutan awam.

Selain itu, katanya, arahan tempoh pengasingan kes COVID-19 juga dipendekkan dari tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa Rabu depan.

Beliau berkata, kes baharu COVID-19 menurun 53.5 peratus, kematian berkurang 35.3 peratus sejak lima minggu kebelakangan ini.

Pelitup muka tidak wajib dalam pengangkutan awam, hospital mulai Rabu ini. - Foto NSTP

Pakar kesihatan awam sebelum ini mencadangkan negara beralih ke fasa endemik COVID-19 dan beliau berkata, perkara itu akan diputuskan selepas dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Jika perkara itu mendapat kelulusan Kabinet, beliau berkata akan ada prosedur operasi standard (SOP) baharu.

Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2020 akibat penularan pandemik COVID-19 sebelum memasuki Fasa Peralihan Endemik pada 1 April tahun lalu. - Berita Harian

Berita lanjut menyusul

Petugas kesihatan mengambil sampel pesakit di dalam wad yang menempatkan pesakit COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur. - Foto BH/Mohamad Shahril Badri Saali

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. - Foto NSTP

Petugas kesihatan mengambil sampel pesakit di dalam wad yang menempatkan pesakit COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur. - Foto BH/Mohamad Shahril Badri Saali








COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content