Pendeknya Saat Membesarkan Anak-Anak

SHARE:

Setiap anak melalui fasa kehidupan yang berbeza, ada yang hidup senang dan ada yang hidup susah kerana dibesarkan oleh keluarga lain-lain. W...



Setiap anak melalui fasa kehidupan yang berbeza, ada yang hidup senang dan ada yang hidup susah kerana dibesarkan oleh keluarga lain-lain. Walau bagaimanapun kita sendiri yang membentuk anak kita macam mana sewaktu kecil untuk mereka bawa ketika besar. Semua itu rasanya sekejap sahaja tanpa kita rasa.
Pendeknya saat membesarkan anak-anak.

Satu ketika dulu rumah ini di penuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurau senda dan bagai lagi. Buku2 pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat entah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan dibawah meja. Maka...... kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku2 dan hantar pakaian kotor ke bilik air.

Pagi esoknya... seorang akan bertanya emak. "Mak... mana pensil saya.". Kemudian sorang lagi bertanya... " bedak mana makkk?" Sorang pulak akan tanya..." anak tudung saya mana mak?.
Mak segera lupakan jeritan semalam... "Tu laaa... lain kali jangan sepah barang2."

Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak2... ada katil yang dah kosong. Tempat sangkut baju pun... sikit jer bajunya.
 
Apa yg tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran. Mak boleh cam mana satu bau anaknya. Tiap2 anak punyai bau istimewa masing2. Jadi... mak pun hidu udara bilik tu sedalam2nya untuk hilangkan rindu pada anak2.

Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak2. DAN JUGA... kehangatan badan anak2 dibawah pelukannya masa kecil dulu.

Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur. Tapi ia seindah padang pasir yang x berpenghuni.
Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit... suruh anak2 buka atau tutup.
 
Kamu semua sekarang dah ada dunia sendiri dan mak/abah sentiasa mendoakan dan memohon... YA ALLAHHH... peliharalah anak2ku walau dmana jua mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.

Nikmatilah waktu yang sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari...
Dedicated to all parents..... Kehidupan kita sekarang...

Kongsian semula Suamiku Imamku Isteriku Makmumku

Kredit : Facebook Pages Viral Kami Video


Jadi hargailah anak anda, walaupun kita marah dan garang kepada mereka supaya untuk mendidik dan bukannya untuk melepaskan geram. Semoga saya juga sama seperti itu, waktu mereka kecil. Kita selalu bermain dengan mereka dan mengajar mereka kesana ke mari.

Apabila sudah sekolah rasa sudah lain sedikit, belum lagi masuk ke tempat seperti universiti ataupun bekerja jauh. Mesti kita semua akan rindu kepada anak kita.

Jadi ciptalah kenangan yang sehebatnya supaya anak kita sentiasa menghargai kita selalu kerana sewaktu kecil kita memberikan mereka dengan penuh kasih sayang yang cukup.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content