Pengguna Twitter Dakwa Diri Seorang ‘Nabi’ Selepas Ramalan Tragedi Kapal Selam Jadi Kenyataan

SHARE:

Ramalan tragedi kapal selam untuk meneroka sisa bangkai kapal Titanic yang menjadi kenyatan, membuat seorang pengguna Twitter melabel diriny...

Ramalan tragedi kapal selam untuk meneroka sisa bangkai kapal Titanic yang menjadi kenyatan, membuat seorang pengguna Twitter melabel dirinya sebagai seorang 'nabi'.

Ciapan mengenai ramalan tersebut dibuat pada 4 September 2022, iaitu sembilan bulan sebelum tragedi Titan berlaku.


"Saya mempunyai idea untuk sekuel Titanic (1997), di mana sebuah kapal selam mewah yang penuh dengan jutawan terhempas semasa melawat bangkai Titanic. (Mereka semua lemas dan dimakan oleh ketam. Filem ini berdurasi 26 minit. Sangat boleh ditonton semula.)," demikian ciapan pengguna Twitter yang menggunakan akaun @Phineas.

Dia kemudian memuat naik satu ciapan baru pada 22 Jun (Khamis), selepas tragedi berkenaan dilaporkan secara meluas oleh media.

"Saya hampir terlupa mengenai ini, tapi ia menarik perhatian bahawa saya adalah seorang nabi," tulisnya.

Terdahulu pada Khamis, media melaporkan kapal selam Titan yang dalam perjalanan untuk meneroka sisa bangkai Titanic, dipercayai meletup berhampiran kapal persiaran mewah itu.

Ia dilaporkan hilang sejak Ahad lalu itu dan kesemua lima penumpang kapal selam tersebut dilaporkan terkorban.


Mereka terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Stockton Rush; jutawan British, Hamish Harding, ahli perniagaan dari Pakistan, Shahzada Dawood serta anaknya Suleman Dawood, dan Paul-Henri Nargeolet.

Syarikat yang mengendalikan 'pengembaraan' berkenaan, OceanGate, mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.16 juta) setiap seorang untuk menyertai ekspedisi selama lapan hari bagi meneroka Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland.

Sumber: mStar

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content