$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Penunggang Motorsikal Sedekah Duit Minyak Ambulans Di Lampu Isyarat

SHARE:

Sumber daripada Facebook Mat Yoe menyatakan bahawa beliau telah ditegur oleh penunggang motorsikal dan diberikan ketika berada di trafik lig...


Sumber daripada Facebook Mat Yoe menyatakan bahawa beliau telah ditegur oleh penunggang motorsikal dan diberikan ketika berada di trafik light. Ketika itu menaiki ambulans yang memberikan khidmat secara percuma.
Tadi masa bawak ambulan, aku perasan ada lelaki di sebelah kiri ambulan sedang kira duit not RM5.
Masa tu di hentian lampu isyarat.

Bila lampu bertukar hijau, aku meneruskan pemanduan seperti biasa.
Sampai di hentian lampu isyarat seterusnya, lelaki tersebut berhenti di sebelah pemandu dan mengetuk cermin.
Aku menurunkan cermin.

Beliau menghulurkan 4 keping not RM5 yang berjumlah RM20.
Aku segera bertanya untuk apa duit ini.
Beliau menjawab beliau sedekahkan duit ini untuk aku isi minyak ambulan.

Aku terdiam campur terharu.

Aku perasan name tag dan uniform kerja lelaki ini.
Dari pemerhatian aku, beliau bekerja di stesen minyak Caltex.
Selesai tugasan hantar pesakit, aku menuju ke stesen minyak caltex yang berhampiran dengan tempat aku.
Tekaan aku tepat.
Beliau memang bekerja di situ.
Aku minta nombor telefon beliau dari rakan sekerjanya.

Aku wasup dan ucapkan terima kasih.
Aku berjanji akan belanja dia makan.
Beliau merupakan insan istimewa.

Terima kasih kerana sudi sedekah duit minyak untuk ambulan kami.
Beliau mendapat tahu perkhidmatan ambulan percuma ini dari facebook aku dan beliau berazam untuk turut sama berinfaq kapada pertubuhan kami.

Terima kasih Shahrul

-JNZA Gaung Global ambulan percuma-
Sungguh baik hati saudara ini dengan memberikan hadiah walaupun kita mampu untuk handle ambulan percuma tersebut. Untuk tidak mengecewakan dia, terpaksa ambil supaya sedekah dia itu berpanjangan digunakan oleh golongan yang memerlukan.


Walaupun hanya berpakaian baju stesyen minyak Caltex, itu tidak bermakna mereka ini tidak boleh bersedekah ke arah kebaikkan. Selalu orang macam ini faham tentang situasi apa yang berlaku dan menolong orang ramai sebilang masa tanpa henti.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content