$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Perodua Perkenal Axia E Harga 'Rahmah', Hanya RM22,000

SHARE:

Perodua Axia E. - FOTO Eizairi Shamsudin Petaling Jaya: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memperkenalkan Axia E pada harga RM22,0...

Perodua Axia E. - FOTO Eizairi Shamsudin

Petaling Jaya: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memperkenalkan Axia E pada harga RM22,000 (tanpa insurans) dan disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Selain itu, ia juga sesuai untuk pemilik motosikal yang bercadang memiliki kenderaan baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, varian ini adalah berdasarkan model Perodua Axia yang diperkenalkan pada 2017 dan ia diperakui dengan penarafan 4-bintang Asean NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

"Perodua Axia E adalah sebahagian daripada objektif asal kami untuk menyediakan mobiliti yang mampu milik dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia," katanya pada majlis pelancaran Perodua Axia E di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Perodua Axia E bertransmisi manual ini didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama lima tahun.

Terdapat tiga pilihan warna yang dtawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver dan warna baharu, Granite Grey.

Sejak dilancarkan pada 2014 hingga 31 Mei 2023, Perodua telah merekodkan pendaftaran sebanyak 606,756 unit, termasuk Axia serba baharu yang dilancarkan pada Februari 2023.

"Kami menyasarkan untuk menjual sehingga 1,500 unit sebulan, termasuk pemilikan individu dan jualan korporat.

"Kami percaya bahawa model ini menjadi pilihan yang dialu-alukan oleh majoriti rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, pihaknya percaya varian ini akan memenuhi peranan semasanya untuk memberi peluang kepada pemilik motosikal bagi memiliki kereta baharu.

"Berdasarkan perbincangan dengan institusi kewangan tempatan, kami mendapati hanya RM300 diperlukan untuk membayar kos sewa beli setiap bulan untuk memiliki Axia E.

"Ini adalah kos sama yang perlu dibayar oleh seseorang untuk membeli motosikal baharu secara sewa beli," katanya.

Tempahan untuk Perodua Axia E dibuka mulai hari ini dengan fi RM100 di kesemua ruang pameran Perodua di seluruh negara dengan 3,000 unit stok sedia ada.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/06/977876/perodua-perkenal-axia-e-harga-rahmah-hanya-rm22000

Rasa rekabentuk dan design Perodua Axia E yang baru ini menggunakan design yang lama sebelum keluar rekabentuk Axia yang baru. Kemungkinan Perodua sahaja nak keluarkan design lama supaya dapat harga murah dan mampu milik untuk semua.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content