$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Polis Kesan Pemandu Kereta Proton Saga Pandu Secara Berbahaya

SHARE:

KULAI: Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Proton yang memandu secara berbahaya sehingga bergesel dengan sebuah kereta Mitsubishi di ...


KULAI: Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Proton yang memandu secara berbahaya sehingga bergesel dengan sebuah kereta Mitsubishi di Jalan Sengkang-Inas sebagaimana tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian kemalangan yang dipercayai berlaku pada jam 5 petang Khamis itu.

"Siasatan dilakukan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton dari arah bertentangan telah masuk ke laluan kereta Mitsubishi yang sedang bergerak lurus menghala ke Bandar Tenggara.

"Akibat kejadian itu kereta Mitsubishi telah bergesel, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beng Yeow berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum itu, tular video berdurasi 30 saat memaparkan sebuah kereta Proton yang dipandu berada di belakang sebuah lori dalam cubaan memotong namun tidak berjaya.
Kereta tersebut kemudiannya bergesel dengan sebuah kereta Mitsubishi di laluan bertentangan dan terus berlalu pergi. - Sinar Harian





Memang bahaya kalau macam ini melibatkan nyawa yang lain dan boleh menyebabkan kematian oleh pemandu Proton Saga tersebut. Jangan disebabkan mabuk atau sebagainya sudah.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content