Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) 2023

SHARE:

Program Pembangunan Usahawan Siswazah atau PPUS merupakan sebuah program pembiayaan bagi golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian a...


Program Pembangunan Usahawan Siswazah atau PPUS merupakan sebuah program pembiayaan bagi golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian atau telah bekerja dan berminat untuk mengembangkan perniagaan tetapi kekurangan modal.

Program pembangunan ini diumumkan kerajaan dan dikawalselia oleh Tekun Nasional.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.
Pengenalan Program Pembangunan Usahawan Siswazah

Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) menyediakan program pinjaman untuk golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian atau telah bekerja dan berminat untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal.

Maklumat pinjaman adalah seperti berikut:
  • Jumlah pinjaman sehingga RM100,000 sahaja
  • Tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan
  • Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun
  • Simpanan wajib 5% setahun
Syarat-syarat Kelayakan

Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan permohonan untuk Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) ini:
  1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI)
  5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah
Cara Permohonan Program Pembangunan Usahawan Siswazah 2023


Permohonan bagi pembiayaan melalui Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) ini hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Untuk lokasi cawangan pejabat Tekun di setiap negeri, hubungi laman web rasmi Tekun di https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Bagi urusan permohonan, pemohon juga dikehendaki untuk membawa bersama dokumen-dokumen di bawah.

Senarai Dokumen Sokongan

Setiap pemohon wajib membawa bersama dokumen-dokumen di bawah:
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  2. Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM)
    Atau
    Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  3. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
  4. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
  5. Dokumen tambahan (jika berkenaan)
Skim ini adalah mengikut senarai dokumen yang diperlukan dan dokumen tambahan (jika berkenaan).

Pemohon juga dikehendaki membawa bersama transkrip Semester Akhir / Pengesahan Tamat Penggajian / Sijil Graduan dari Universiti yang berdaftar dengan MQA.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pembiayaan ini, sila hadirkan diri ke pejabat Tekun Nasional berhampiran tempat tinggal anda.

Selain itu, anda boleh hubungi pegawai bertugas melalui salah satu cara di bawah:
Sumber : eCentral

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content