Program Pengambilan Calon² Guru 2023 : Semakan Permohonan & Tarikh² Penting - JOM~Siapa nak jadi Cikgu!? (PISMP & PPC) ~ Slot YouTube Live "Jom Jadi Cikgu" TIPS!

SHARE:

PERMOHONAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ~ INSTITUT PENDIDIKAN GURU PISMP 2023: Semakan Permohonan & Tarikh Penting!~ Cara² Membuat Perm...

PERMOHONAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ~ INSTITUT PENDIDIKAN GURU

PISMP 2023: Semakan Permohonan & Tarikh Penting!~ Cara² Membuat Permohonan PISMP 2023 – IPGMalaysia

(Calon² Lepasan SPM Tahun 2020, 2021, 2022)


Apakah Institut Pendidikan Guru (IPG) ?

Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).

Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.

IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Senat telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.

Selain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi
keperluan di sekolah rendah.

Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG
berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Rujuk butiran pengajian berikut:

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2023

Calon SPM Tahun 2020, 2021 dan 2022

  • Laluan Perdana
  • Laluan Khas
  • Ambilan Khas

Mod Pengajian : Sepenuh masa

Tempoh Pengajian :

  • 1 tahun Persediaan
  • 4 tahun Ijazah

Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam

Calon SPM Tahun 2022

Mod Pengajian : Sepenuh masa

Tempoh Pengajian :

  • 4 tahun Ijazah di Universiti Luar Negara
  • 1 tahun PDPP di IPG

Warganegara Malaysia yang berminat dipelawa untuk memohon

Calon SPM tahun 2022 boleh mengemukakakn permohonan walaupun belum memiliki keputusan sebenar peperiksaan.

Tarikh Permohonan Sarjana Muda PISMP 2023

Mulai 15 Mac hingga 14 April 2023

Layari https://pismp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan permohonan.

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 15 MAC 2023.

Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link/ url menerusi portal PISMP.

Prosedur Permohonan / Kemasukan IPG 2023

Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPGM dalam penerangan dan infografik di bawah:

e-UKCG

  • e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
  • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

TEMU DUGA

  • Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
  • Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
  • Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
  • Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.

UKF

  • Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
  • Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
  • Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
  • Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
  • Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.

PEMILIHAN

  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
  • Semua keputusan adalah muktamad.

PENAWARAN

Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Jangkaan Tarikh-tarikh Penting PISMP

Tarikh-tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2023 adalah seperti berikut:

BIL AKTIVITI TARIKH
1 Permohonan 15 Mac – 15 April 2023
2 Permohonan Fasa 2 1 Jun – 10 Jun 2023
3 Pelaksanaan e-UKCG 20 – 29 April 2023
4 e-UKCG Fasa 2

*Bagi calon yang memohon PISMP FASA 2 dan yang belum menduduki e-UKCG FASA 1.
13 Jun 2023
5 Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP 20 – 22 Jun 2023
6 Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)
(Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP)
28 Jun – 3 Julai 2023
7 Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/ URL Video Kecergasan Fizikal (VKF) 3 Julai 2023
8 Temu duga secara dalam talian dan Penilaian Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) 3 – 8 Julai 2023
9 Keputusan tawaran Pengajian ke IPG 16 Julai 2023
  • Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.

👆👆👆MASIH BELUM TERLEWAT! 09 JUN 2023 👍👍

Tips & Panduan Permohonan PISMP di YouTube


Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online ini, sila rujuk maklumat berikut:


sumber:https://pismp.moe.gov.my/ekerajaan.my/youtube.com

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content