$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Puteri Sarah Declare Syamsul Jadi BFF, Doa Semoga Bahagia Dengan Ira Kazar

SHARE:

Puteri Saraah mengakui hubungannya dengan Syamsul kini tidak lebih daripadaseorang kawan. Dia turut berterima kasih kepada pengarah itu yang...

Puteri Saraah mengakui hubungannya dengan Syamsul kini tidak lebih daripadaseorang kawan.
Dia turut berterima kasih kepada pengarah itu yang sudi meluangkan masa bersama anak-anak ketika dia berada di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Foto: IG

"Kita dah kawan baik kan Syamsul... Terima kasih luangkan masa dengan anak-anak masa saya dekat Jakarta," katanya di IG Story.

Menerusi hantaran sama, pelakon itu turut memuat naik paparan skrin daripada sebuah portal yang menyiarkan artikel bertajuk "Nak berbaik demi anak-anak - Puteri Sarah".


Puteri Sarah turut mendoakan yang terbaik buat Syamsul bersama isteri keduanya iaitu Ira Kazar.

"Sentiasa doa yang terbaik buat depa (mereka)," tulisnya yang disertakan emoji berbentuk hati.


Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah melangsungkan perkahwinan pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Summayah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu pada 18 April lalu.


Pada 25 Mei lalu, mahkamah mendapati perkahwinan di antara mereka sudah tidak dapat diselamatkan selepas wujud shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Kes perceraian mereka akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun ini. -CARI

Sumber: mStar

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content