$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Sah Bukan Nombor Sebenar, Pemilik McLaren Digesa Tampil Buat Laporan – JPJ

SHARE:

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular minggu lalu tampil membuat l...


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular minggu lalu tampil membuat laporan.

JPJ KL menasihati pemilik kenderaan terbabit membuat laporan polis susulan gambar kenderaannya tular dalam kejadian membabitkan suami artis popular minggu lalu.

Jabatan itu turut mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.

"Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya kepada BH.

Sebelum ini, suami kepada seorang pelakon dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kereta bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

Sementara itu di media sosial, netizen mempersoalkan pemilik sebenar kenderaan mewah ditunjukkan suami pelakon berkenaan.

Netizen mendakwa nombor plat tertera dalam gambar itu bukan berdaftar atas kenderaan terbabit dan berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu. - Berita Harian

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content