Selamat Hari Bapa! Ketahui Inisiatif Khusus Untuk Warga Bapa Di Sini

SHARE:

Selamat Hari Bapa diucapkan kepada semua insan bergelar bapa yang acap kali menjadi wira, insan contoh dan inspirasi di dalam sesebuah insti...


Selamat Hari Bapa diucapkan kepada semua insan bergelar bapa yang acap kali menjadi wira, insan contoh dan inspirasi di dalam sesebuah institusi keluarga. #TeamManfaat mengambil peluang ini untuk menyatakan penghargaan ke atas jasa dan bakti seorang bapa yang telah membentuk kita menjadi manusia yang berguna melalui kasih sayang, teladan, dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Kepada semua yang masih mempunyai seseorang untuk dipanggil bapa dalam kehidupan mereka, hargailah mereka selagi mereka ada. Jangan pernah lepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan dan usaha yang telah mereka lakukan. Oleh itu, berikanlah mereka perhatian, kasih sayang, dan luangkanlah waktu bersama seberapa banyak yang anda boleh.

Maka, bersempena dengan hari yang penuh istimewa ini, #TeamManfaat ingin berkongsi informasi mengenai beberapa inisiatif dan bantuan yang disediakan di bawah Belanjawan 2023 bagi menyokong para bapa, bakal bapa, suami dan warga emas seperti berikut:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Masih menunggu sumbangan tunai rahmah untuk dikreditkan dalam akaun anda? Berita baik buat anda semua, Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 dijangka disalurkan kepada penerima yang layak sebelum Hari Raya Haji ini yang melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion dan akan memanfaatkan lapan juta penerima. Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban sara hidup rakyat seterusnya membantu persiapan menjelang Hari Raya Haji.

E-Tunai Belia Rahmah

Anda mempunyai anak yang berumur 18 hingga 20 tahun atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia? Inisiatif yang bertujuan untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai ini boleh ditebus pada akhir Jun 2023.

Subsidi Yuran Taska

Jika anda penjawat awam yang mempunyai pendapatan isi rumah RM7,000 ke bawah, anda layak memohon subsidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan, diperuntukkan kepada setiap anak yang berumur di bawah empat tahun.

Untuk maklumat lanjut berhubung Subsidi Yuran Taska, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/subsidiyurantaska.html

Bantuan Warga Emas

Anda dikategorikan sebagai warga emas dan memerlukan bantuan untuk meringankan beban sara hidup? Mohon Bantuan Warga Emas pada hari ini.

Bantuan sebanyak RM 500 ini diberikan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Untuk maklumat lanjut berhubung Bantuan Warga Emas sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ bwe.html

Selain inisiatif yang disenaraikan di atas, maklumat bagi pelbagai bantuan dan inisiatif lain boleh didapati melalui Portal Manfaat. Portal ini menjadi laman sesawang sehenti untuk memudahkan Rakyat mengakses maklumat terkini yang sahih mengenai pelbagai skim bantuan dan inisiatif merentasi pelbagai Kementerian dan Agensi.

Portal ini boleh dilayari di https://budget.mof.gov.my/manfaat.

Selain Portal Manfaat, sila ikuti laman-laman sosial media kami di Facebook dan Instagram untuk sentiasa mengetahui perkembangan terkini berkaitan bantuan dan inisiatif Belanjawan 2023.

Kami berharap dengan perkongsian artikel ini, maklumat tentang kemudahan Portal Manfaat yang dicipta khas untuk manfaat Rakyat dapat diuar-uarkan kepada orang ramai untuk kemaslahatan Rakyat Malaysia.

Sekali lagi, kepada semua bapa di luar sana, Selamat Hari Bapa! Terima kasih atas semua yang anda lakukan. Semoga anda selalu diberkati dengan kebahagiaan dan kesihatan yang baik.

Ditulis Oleh: Bahagian Pembangunan Korporat LAKSANA

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content