Senarai Lokasi Pasar Malam Di Alor Setar, Kedah
Homealor setardarul aman

Senarai Lokasi Pasar Malam Di Alor Setar, Kedah

SHARE:

Mana orang utara terutamanya orang Kedah yang nak tahu lokasi tapak pasar malam di tempat anda, boleh lihat sini senarai lokasi pasar malam ...

Orang Beraya, Influencer Ditahan Dalam Op Samseng Jalanan
Makan The Chicken Rice Shop Di Aman Central
Membeli-Belah Di Aman Central Alor Setar Kedah


Mana orang utara terutamanya orang Kedah yang nak tahu lokasi tapak pasar malam di tempat anda, boleh lihat sini senarai lokasi pasar malam di Alor Setar supaya mudah kalau anda nak datang sini nanti.

Mungkin orang tempatan yang belum tahu atau yang baru berpindah atas urusan kerja atau datang belajar disini atau mungkin anda singgah beberapa hari tapi tak tahu lokasi pasar malam yang ada disini kan. Jangan risau, ada senarai lokasi untuk anda.

Pasar malam di Alor Setar ini juga tidak kurang meriahnya jika ingin dibandingkan dengan pasar malam di tempat-tempat lain. Masing-masing menawarkan pelbagai juadah makanan dengan ratusan menu yang dijual.

Jadi sekiranya anda nak dapatkan makanan, barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan dan ayam segar, buah-buahan tempatan dan sebagainya, anda boleh datang ke mana-mana lokasi pasar malam yang disediakan.

Senarai Lokasi Pasar Malam di Alor Setar

Jadi dengan adanya lokasi yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini, anda boleh datang beramai-ramai bersama kawan-kawan atau ahli keluarga yang lain mengikut masa dan hari yang ditetapkan bagi setiap lokasi.

Ini merupakan senarai lokasi pasar malam near me di Alor Setar, Kedah yang beroperasi bermula pada jam 5.00 petang sehingga 10.00 malam.

Isnin

Pasar Malam Seberang Jalan Putra
Pasar Malam Taman Aman, Anak Bukit
Pasar Malam Simpang Kuala
Pasar Malam Mergong, Belakang Sime Tyre, Alor Setar

Selasa

Pasar Malam Pacific, Alor Setar
Pasar Malam Tandop
Pasar Malam Simpang Kuala
Pasar Malam Taman Kota Nelayan

Rabu

Pasar Malam Pacific, Alor Setar
Pasar Malam Langgar
Pasar Malam Simpang Kuala
Pasar Malam Kuala Sala
Pasar Malam Alor Janggus

Khamis

Pasar Malam Kuala Kedah
Pasar Malam Radin, Mergong Jaya, Alor Setar
Pasar Malam Simpang Kuala
Pasar Malam Mergong Jaya, Fasa 1

Jumaat

Pasar Malam Taman Nuri, Alor Setar
Pasar Malam Pantai Johor, Alor Setar
Pasar Malam Kuala Sungai
Pasar Malam Simpang Kuala
Pasar Malam Taman Bersatu, Kuala Kedah

Sabtu

Pasar Malam Seberang Jalan Putra
Pasar Malam Simpang Kuala
Pasar Malam Kota Sarang Semut
Uptown Stadium Darul Aman
Pasar Malam Gunung Keriang

Ahad

Pasar Malam Seberang Jalan Putra
Pasar Malam Peremba (berhadapan pasar billion)
Pasar Malam Simpang Empat Kuar
Pasar Malam Simpang Kuala
Pasar Malam Pekan Simpang Empat
Pasar Malam Gelong Air

Senarai ini dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar - LIHAT SINI

Sumber : HelloKerja
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content