Pada mulanya teringin nak makan steamboat dan grill di tempat biasa tetapi apabila selepas jalan di The Mines Shopping Mall ternampak pula S...
Pada mulanya teringin nak makan steamboat dan grill di tempat biasa tetapi apabila selepas jalan di The Mines Shopping Mall ternampak pula Seoul Garden. Oleh itu kami sekeluarga terus merancang untuk makan disitu kerana sama juga dengan steamboat grill di luar sana, cuma harga agak mahal sedikit.
- Dewasa (13 - 59 Tahun)
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)
- Pelajar (Sehingga Umur 25 Tahun)
- Kanak-Kanak (5 - 12 Tahun)
- Bayi (0 - 4 Tahun) = PERCUMA
Saya tidak boleh memberikan harga yang tepat kerana setiap cawangan dan juga setiap hari biasa dan cuti juga berbeza. Oleh itu saya hanya berikan harga random sahaja mengikut umur. Jikalau bayi atau budak-budak dibawah 5 tahun semestinya percuma sahaja!
- Basic Tier
- Regular Tier
- Premium Tier
Bezanya pakej ini adalah untuk menentukan anda boleh dapat makanan yang lebih daripada yang lain dan semestinya premium paling tinggi kerana ada slice daging yang premium. Regular pula cuma ada ketam, udang dan juga kambing. Basic tiada apa yang istimewa, hanya dapat makanan yang disediakan sahaja. Harganya pula berbeza daripada setiap pakej tier.
Kalau nak makan sampai kenyang boleh terus ke disini apabila berjalan di The Mines Shopping Mall dan juga ada di shopping mall yang lain. Selalunya pihak cashier akan berpesan hanya boleh makan 2 jam sahaja tetapi boleh juga lebih sedikit kalau sudah lapar sangat.
COMMENTS