Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Tiga Dibayar Sebelum Aidiladha - Anwar

SHARE:

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mula disalurkan kepada individu yang layak sebelum Aidiladha. - Foto hiasan KUALA LUMPUR: B...

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mula disalurkan kepada individu yang layak sebelum Aidiladha. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion akan mula disalurkan kepada individu yang layak sebelum Aidiladha, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata, bayaran itu akan memanfaatkan lebih lapan juta penerima yang akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM1,300.

"Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 juga akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha, Insya-Allah," katanya ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai pembaharuan dibuat kerajaan dalam pendekatan serta tatakelola undang-undang atau peraturan bagi mengekang ketirisan wang awam, selain meminta Perdana Menteri menyatakan juga pelaporan perbelanjaan dan pemantauan belanjawan negara.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan sudah membelanjakan RM158 bilion atau 41 peratus daripada keseluruhan peruntukan dalam Belanjawan 2023 setakat bulan lalu, bagi tujuan meringankan kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, ia juga kapasiti perbelanjaan terbaik direkodkan bagi tempoh suku pertama berbanding tempoh sama pada tahun-tahun sebelum ini.

Katanya, perbelanjaan itu antara lain termasuklah RM3 bilion bagi bayaran STR fasa pertama dan kedua kepada 8.7 juta penerima, selain RM2.6 bilion bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara.

Ia juga merangkumi lebih RM3 bilion perbelanjaan subsidi elektrik kepada 9.7 juta pengguna, lebih RM11 bilion subsidi petrol RON95, diesel dan gas cecair memasak, serta lebih RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan kepada lebih lima juta murid.


Berhubung pembaharuan diperkenalkan, Anwar memaklumkan arahan baharu di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan termasuklah memastikan perolehan dijalankan secara telus dan terbuka serta menghentikan rundingan terus yang menguntungkan parti politik dan peribadi.

Selain itu, katanya, melaksanakan subsidi secara bersasar juga antara tumpuan kerajaan dengan memastikan orang kaya tidak lagi menikmati bantuan berkenaan, selain menggesa penguatkuasaan lebih tegas bagi mengatasi isu ketirisan hasil dan subsidi angkara sindiket penyeludupan.

"Kerajaan juga menamatkan unsur monopoli seperti dwi-rangkaian perkhidmatan 5G dan juga import barang makanan yang menyebabkan harga lebih rendah berbanding beberapa tahun yang lalu," katanya.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan turut memperkenalkan pembaharuan di Parlimen dengan memulakan duluan dengan membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) serta Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

"Ada yang bimbang kerana ini (perbahasan LKAN dan laporan SUHAKAM) bukan duluan. PMQ begini pun bukan duluan tapi tidak dibantah, begitu juga LKAN tiada duluan, tetapi boleh dilakukan. Yang baik apa salahnya.

"Lebih penting ialah Akta Tanggungjawab Fiskal serta Akta Perolehan Kerajaan akan dibentangkan (di Dewan Rakyat), sebaiknya sebelum akhir tahun ini," katanya.

Berhubung soalan tambahan Noraini yang bertanya sama ada projek sedia ada dan baharu akan menjadi lewat akibat pelaksanaan tender terbuka, Perdana Menteri memaklumkan perkara itu diatasi menerusi pelaksanaan tender terbatas di peringkat pejabat daerah serta negeri.

Sebagai contohnya, katanya, pejabat daerah dibenarkan membuat tender terbatas bagi projek baik pulih sekolah dan klinik daif jika kos tidak melebihi RM1 juta, selain Jabatan Teknik Sarawak dan Sabah boleh melaksanakan projek dengan kos tidak lebih RM50 juta tanpa perlu merujuk Kerajaan Persekutuan.

"Saya bersetuju dengan kebimbangan Yang Berhormat Parit Sulong (Noraini) mengenai kelewatan pelaksanaan projek, tetapi perlu ingat dalam puluhan kes rundingan terus ini, kerja mengambil komisyen serta 'menyakau' wang rakyat terlalu berleluasa dan ini harus dihentikan," katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1113724/sumbangan-tunai-rahmah-fasa-tiga-dibayar-sebelum-aidiladha-anwar

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content