Allo City Broadband Memperkenalkan Pakej Rahmah 100Mbps Tanpa Had Pada Harga RM69

SHARE:

Sebuah syarikat pembekal internet jalur lebar yang juga merupakan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad telah mengacahkan pelan baru yang aka...

Sebuah syarikat pembekal internet jalur lebar yang juga merupakan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad telah mengacahkan pelan baru yang akan memperlihatkan mereka memperkenalkan pelan 100Mbps mereka pada harga yang lebih mampu milik.

Hari ini, Allo City Broadband telah melancarkan pelan Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo, yang akan membantu dalam membekalkan sambungan internet jalur lebar tetap secara mampu milik kepada rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Pelan Pakej Rahmah ini merupakan pelan 100Mbps Allo City Broadband yang sama seperti sebelum ini, tetapi tampil dengan tanda harga RM69 untuk warga emas, veteran angkatan tentera dan PDRM, orang kurang upaya dan juga mereka dengan pendapatan isi-rumah B40 (RM4850 dan kebawah) berwarganegara Malaysia.

Langganan Pakej Rahmah Allo ini juga hadir dengan kontrak selama 24 bulan dan didatangkan dengan diskaun RM30 daripada harga asal pelan ini.


Mereka yang melanggan pelan Pakej Rahmah Allo ini masih akan menerima semua kelebihan-kelebihan pelan jalur lebar Allo seperti penggunaan sambungan internet tanpa had, kelajuan muat-turun dan muat-naik yang selari dan pemberian dan pemasangan kelengkapan modem dan penghala WiFi secara percuma.

Bagi mereka yang mahu mendaftar untuk sambungan internet Pakej Rahmah Allo ini, anda hanya perlu ke laman web Allo City Broadband ataupun ke mana-mana Kedai Tenaga berdekatan dengan anda. Anda juga akan memerlukan kad pengenalan, kad pesara ataupun kad OKU untuk mendaftar dengan pakej ini.

Buat masa ini, pakej ini tertakluk dibawah negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang mempunyai liputan Allo, termasuklah Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Jika anda mahu melihat lingkungan liputan sambungan internet Allo, anda boleh melawati laman web ini.

Sumber : Amanz

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content