Angin Cinta (Awesome TV)

SHARE:

Saksikan telefilem Angin Cinta yang akan menemui penonton semula pada 19 Julai 2023, bersiaran pada hari Rabu, jam 10:00 pagi di Awesome TV ...


Saksikan telefilem Angin Cinta yang akan menemui penonton semula pada 19 Julai 2023, bersiaran pada hari Rabu, jam 10:00 pagi di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Telefilem yang tayangan asalnya adalah pada tahun 2016 ini telah diterbitkan oleh syarikat produksi Mermaid Studios Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dengan penulisan skrip daripada Eenaz Mokhtar.

Selepas itu ditayangkan kepada penonton semula pada 10 Januari 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Awesome Movie di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Angin Cinta
Waktu Tayangan: 19 Julai 2023, Rabu, 10:00 Pagi
Rangkaian : Awesome TV - Saluran Astro (123) / MyTV (112)
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Produksi : Mermaid Studios Sdn. Bhd

Barisan Pelakon
Zizan Razak, Ummi Nazeera, Sahronizam Noor, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

Watak Lakonan
Zizan Razak sebagai KK
Ummi Nazeera sebagai Irika
Sahronizam Noor sebagai Bapa Irika
Zarina Zainuddin sebagai Ibu Irika

Sinopsis Telefilem Angin Cinta
Ianya mengisahkan tentang KK yang menjumpai cinta hatinya iaitu Irika. Disebabkan telah jatuh hati kepadanya, KK sanggup buat apa sahaja supaya perhubungan mereka akan sampai ke jinjang pelamin pada akhirnya.

Akhirnya selepas mengharungi pelbagai dugaan demi mengajar cinta, KK dapat menambat hati Irika dan bersetuju untuk bernikah. Walaubagaimanapun, ujian sebenar baru bermula apabila Irika sebenarnya berhajat untuk bernikah didepan ayahnya yang telah lama menghilangkan diri ke Pulau Tuba.

Sepertinya ujian mencuri hati Irika tidak terhenti disitu sahaja dan kini KK perlu meyakinkan bapa Irika pula untuk menerima anaknya dan juga KK sebagai menantu. Jadi disinilah bermula pelbagai kerenah dan dugaan yang ditempuhi oleh KK.

Adakah akhirnya KK berjaya menambat hati bakal ayah mentuanya itu dan menerimanya sebagai menantu?



COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content