Bell Ngasri Nak Belanja ‘Lunch’ Di Bulan Ramadan Kalau Menang ABPBH35

SHARE:

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) bakal berlangsung tidak lama lagi. Tahun ini merupakan tahun ke-35 anugerah tersebut d...

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) bakal berlangsung tidak lama lagi. Tahun ini merupakan tahun ke-35 anugerah tersebut diadakan.

Antara pencalonan yang menjadi perhatian ramai sudah tentu Top 5 Pelakon Komedi Popular apabila menyenaraikan Bell Ngasri bersama beberapa lagi nama hebat.

Julung kali tercalon Top 5

Menerusi Instagram pelakon tersebut, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, dia akui tidak sangka dengan pencalonan tersebut kerana sepanjang lebih 30 tahun dalam kariernya sebagai anak seni, ini merupakan julung kali dia tercalon sebagai Top 5.

Barkoba nak belanja makan tengah hari di bulan puasa kalau menang


Namun begitu, apa yang menghiburkan adalah menifesto yang ditulis di ruangan kapsyen apabila berseloroh mahu membelanja para pengundi makan tengah hari pada bulan Ramadan nanti jika memenangi kategori tersebut.
Dengan julung-julung kalinya sy tercalon top 5 ni..terkejut saya.xpnh pkir pon benda ni..tq la buat @beritaharian@abpbh#abph35 … sy mati2 ingt calon bhp minyak tu..jangan lupala undi saya tak menang tak apa top 5 pun alhamdulillah…lwn pon kawan2 semuanya..manifesto saya ,nsyaallah kalo berjaya saya belanja makan tengahari di bulan…” tulisnya.




Didukung persatuan-persatuan ampuh!

Dalam pada itu, beberapa hantaran peminat Bell di media sosial telah dikongsikan semula pelakon terbabit apabila menyatakan ada persatuan-persatuan tertentu turut mahu dirinya memenangi kategori tersebut.

Antara yang menyatakan sokongan kepada pelakon filem 18 Puasa Di Kampung Pisang itu adalah Persatuan Ibu Mengandung dan juga Penduduk Sabah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pencalonan Bell kerana pelakon terbabit memang layak kerana sentiasa menghiburkan penonton dalam setiap karyanya.

Paling melekat sudah tentu watak Barkoba yang tidak pernah gagal mencuit hati penonton dengan gelagatnya di filem dan kaca televisyen.

Semoga Bell berjaya memegang trofi ABPBH untuk tahun ini.

Sumber: Instagram Bell Ngasri, OhMyMedia

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content