Filem Sue-On (2023)

SHARE:

Tonton Filem Sue-On, Filem terbaru yang akan menyelinap di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Julai 2023. Dikatakan filem ini memaparkan kisah...

Tonton Filem Sue-On, Filem terbaru yang akan menyelinap di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Julai 2023. Dikatakan filem ini memaparkan kisah hantu Korea menampilkan barisan pelakon dan pelawak.

 

Filem Sue-On merupakan filem pertama terbitan Rumah Merah, Dato Awie yang turut berlakon bersama pelakon-pelakon lain seperti Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Achey, Shawani dan ramai lagi. Penampilan khas oleh Kumpulan Wings dan juga Hajjah Erra Fazira.

Filem Sue-On
Tarikh tayangan di pawagam : 6 Julai 2023
Pengarah : Razif Ajiboy Rashid
Produksi : Rumah Produksi Merah

Barisan Pelakon
Pelakon Filem Sue-On dibarisi Dato’ Awie, Reen Rahim, Ropie, Shawani, Alif Rafiq, Shaifullah, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Joey Daud, Achey, Amy Nur Tinie, Kamarul Yusoff dan ramai lagi.

Watak Lakonan
Dato’ Awie sebagai Mat Dosa
Reen Rahim sebagai Sue-on
Ropie sebagai Missnin
Shawani sebagai Wanu
Alif Rafiq sebagai Alip
Shaifullah sebagai Jimi
Azlee Senario sebagai Yb Li
Nazia Mustafar sebagai Cik Yah
Joey Daud sebagai Mat Motor
Achey sebagai Pocong
Amy Nur Tinie sebagai Pontianak
Kamarul Yusoff
Penampilan Khas : Kumpulan Wings dan Hajjah Erra Fazira

Sinopsis Sue-On
Filem Sue-On mengisahkan tentang Sue-On, seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen. Pada satu malam nasib Sue-On Ddak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin tv, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama, mematikan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan tidak boleh pulang ke tempat asalnya.

Sue-On berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan pulang ke tempat asalnya dengan mencari sesiapa sahaja yang sedang menonton filem Sue-On. Nak dijadikan cerita, ketika Sue-On sedang mencuri masuk ke dalam satu rumah, kewujudan Sue-On telah disedari oleh sepasang suami isteri yang pada ketika itu sedang menonton filem Hantu Kampung Sebelah.

Oleh kerana takut diapa-apakan, Sue-On mengambil keputusan untuk melompat masuk kedalam skrin tv itu. Pasangan suami isteri itu terus memadamkan tv mereka. Kini Sue-On terperangkap di Kampung Sebelah.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content