Kerja Part Time Jadi Sekuriti Untuk Dapat Duit Lebih

SHARE:

Saya memang tabik kepada brother nama Muhammad Mustaqim Noor Azmi ini kerana membuat part time iaitu kerja sambilan menjadi sekuriti ataupun...


Saya memang tabik kepada brother nama Muhammad Mustaqim Noor Azmi ini kerana membuat part time iaitu kerja sambilan menjadi sekuriti ataupun dalam bahasa inggeris ialah guard pada waktu malam dan menerima bayaran sebanyak RM80 sehari.
Sedar tak sedar dah 4 bulan buat part time jadi sekuriti ni. 😉

Seminggu sehari jadi buffer. 7 malam ke 7 pagi. Tempat dirahsiakan.

Sehari RM80. Kumpul2 sebulan kalau dapat 5 hari bolehlah RM400.

Kalau yang fulltime demam ke. 

Awal2 dulu bising bini aku. Apehal tibe2 nak jadi guard.

Aku abaikan je la.  Susu, makan, pampers, bukan dia beli. Bila kerja kurang kita duduk melepak dia marah. Bila kerja banyak, takde masa, pun dia marah. Kau ni ape. Kau nak ape sebenarnya.. Hahahaha

Tapi ni lah kerja paling senang aku buat. Takpayah jumpa orang. Sepanjang hidup aku bekerja. Pernah kerja fastfood, pump minyak caltex, cinema, shopping mall, cowboy town famosa (ni kelakar), kedai cetak. Ni lah kerja takpayah layan ragam manusia.

Tapi, bila tak layan ragam manusia, kadang kite layan pulak ragam benda lain. Selalu tertanya2, kenapa dalam horror movie, bila dgr benda pelik2 lewat malam/pagi mesti nak kena pergi tengok. Duduk la diam2 kan, menyorok ke. . Tapi bila dah kerja gini, sifat ingin tahu tu mesti buat kita nak pergi tengok juga. So, logik la dalam filem2 melayu tu. Pukul 3, 4 pagi memang waktu paling kritikal. Seram, sunyi, tambah2 pulak dengan kabus bila ronda luar. Kikikiki.

Sebenarnya bila kau rase tak cukup duit, tu sebenarnya kau belum cukup usaha lagi. Termasuk lah aku. 😂

Kongsian Muhammad Mustaqim Noor Azmi

Saya pernah terbaca satu artikel dan berjaya dan kaya ini kena kerja lebih daripada orang biasa dan kena berusaha lain daripada yang lain baru boleh berjaya. Jikalau buat hangat-hangat tahi ayam memang tidak akan menjadi dan anda akan duduk di takuk itu sahaja sampai bila-bila.

Kalau ada peluang kenapa kita hendak abaikan supaya dapat bagi anak dan isteri makan mewah sentiasa kerana itulah nafkah kita untuk berikan tempat tinggal yang terbaik, makanan yang sedap dan sebagainya. 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content