Perempuan Di Hujung Kampung (TV9)

SHARE:

Tonton Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung bersiaran pada hari Isnin, 24 Julai 2023, jam 8.30 malam di Slot Skrin di TV9 lakonan Amar Asyr...


Tonton Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung bersiaran pada hari Isnin, 24 Julai 2023, jam 8.30 malam di Slot Skrin di TV9 lakonan Amar Asyraf, Chacha Maembong, Marisa Yasmin, Fadilah Mansor, Esma Danial, Zalfa Zin dan ramai lagi.

Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung arahan Jetlee Nazir Juhan dan idea asal oleh Adza Irdawati ini juga boleh tonton secara online strim live HD di www.tonton.com.my, www.xtra.com.my/live-tv atau muat turun aplikasi di Google Play atau Apple Apps Store.

Perempuan Di Hujung Kampung
Waktu siaran : Isnin, 23 Julai 2023, jam 8.30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Skrin di 9 TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton dan Xtra
Idea asal : Adza Irdawati Adenan
Pengarah : Jetlee Nazir Juhan
Produksi : ZK Creative Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon
Amar Asyraf, Chacha Maembong, Marisa Yasmin, Fadilah Mansor, Esma Danial, Zalfa Zin dan ramai lagi.

Watak Lakonan
Amar Asyraf sebagai Umar Ariffin
Cha Cha Maembong sebagai Bintang
Marissa Yasmin sebagai Embun
Datin Fadilah Mansor sebagai Nek Kasih
Esma Danial sebagai Ustaz Ghazal

Sinopsis Perempuan Di Hujung Kampung
Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung mengisahkan tentang Umar Ariffin seorang wartawan yang menghadapi depresi selepas beliau kecewa dalam percintaan dan menyebabkan prestasinya dalam perkerjaan sebagai wartawan juga merudum.

Tambahan pula, rakannya kini sudah dinaikkan pangkat ke Ketua Bahagian tetapi tidak untuk Umar. Disebabkan itulah, dia dicabar untuk mencari sebuah kisah masyarakat bagi membuktikan yang dia juga layak untuk jawatan tersebut.

Kemudian dia mendapat tahu satu cerita yang menceritakan tentang 3 balu yang malang kerana setiap lelaki yang berkahwin dengan mereka pasti akan meninggal dunia sebelum sampai 1 tahun.

Adakah cerita tersebut benar dan akan memberikan kesan kepada artikel yang ingin diterbitkan oleh Umar Ariffin?

Saksikan kesudahan ceritanya dalam Perempuan Di Hujung Kampung pada hari Isnin, 24 Julai 2023, 8.30 malam di TV9.



COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content