Real Men Malaysia: Wira Merah

SHARE:

Diadaptasi daripada rancangan realiti Korea Selatan, ‘Real Men Malaysia: Wira Merah’ menampilkan lapan selebriti (6 lelaki dan 2 perempuan) ...


Diadaptasi daripada rancangan realiti Korea Selatan, ‘Real Men Malaysia: Wira Merah’ menampilkan lapan selebriti (6 lelaki dan 2 perempuan) dari latar belakang yang berbeza di mana mereka akan mengalami kehidupan dan latihan sebagai seorang rekrut baharu dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Ditayangkan sebanyak lapan episod, setiap daripada mereka perlu menjalani latihan yang berat dan ringan untuk mengasah diri mereka dan menjadi sebahagian daripada pasukan bomba dan penyelamat.

Penggambaran rancangan ini dilakukan sepenuhnya di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Terengganu untuk menunjukkan kehidupan sebenar ahli bomba dan penyelamat Malaysia menerusi paparan barisan selebriti yang dipilih. Setiap episod menunjukkan realiti emosi dan cabaran yang perlu diharungi oleh pasukan bomba Malaysia termasuk tatacara memakai pakaian operasi, membentang dan menggulung hos, teknik penyelamatan di bangunan yang runtuh, teknik pemadaman kebakaran dan selainnya.

Lapan selebriti yang terbabit dalam rancangan realiti ini adalah atlet negara speed climbing Mat Redho, pempengaruh media sosial Arieff Yong, pelawak Shashic, model Eric Lay, hos Daniel Cheang dan Hawa Rizwana serta pelakon Wafiy dan Jasmine Suraya.

‘Real Men Malaysia: Wira Merah’ akan ditayangkan pada setiap hari Ahad bermula 30 Julai, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).



COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content