Syamsul Kongsi Foto Anak Menangis Tapi Netizen Pula Fokus Tangan Wanita Pegang Sumayyah - 'Gelang Tu...'

SHARE:

"Ayah garang sebab sayang," kata Syamsul Yusof mengenai anaknya dengan Puteri Sarah iaitu Sumayyah yang dilihat menitiskan air mat...

"Ayah garang sebab sayang," kata Syamsul Yusof mengenai anaknya dengan Puteri Sarah iaitu Sumayyah yang dilihat menitiskan air mata menerusi hantaran Instagram.

Perkongsian pengarah sensasi itu dipercayai dirakam semasa Syamsul membuat panggilan video bersama Sumayyah meraih perhatian netizen.


Namun, lain pula yang menjadi perhatian apabila netizen memerhati gelang pada tangan wanita yang memegang Sumayyah dalam gambar berkenaan.

Menerusi aplikasi TikTok, foto tersebut dimuat naik semula dan ramai memberikan pendapat itu merupakan tangan pelakon Puteri Sarah Liyana.

IG

Justeru, rata-ratanya meluahkan rasa gembira melihat hubungan Syamsul dan Sarah kini lebih baik berbanding sebelum ini.

"Tadi tengok Puteri Sarah buat live, sah-sah itu memang gelang dia.

"Masa buat live tadi Puteri Sarah ada kata nak hubungi ayah (Syamsul) biar marah Syaikul dan Sumayyah sebab nakal sangat.

"Permulaan hubungan yang lebih baik, lagi pun dia orang dalam eddah lagi kan," antara komen netizen.


Pada 14 Jun lalu, Syamsul melafazakan talak di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan penceraian mereka.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga pasangan itu berlarutan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu selepas akters berkenaan memfailkan permohonan bercerai secara baik pada pertengahan Januari 2023.

Tindakan itu dibuat selepas Syamsul mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan aktres Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi pada 6 Januari 2023.

Sumber: mStar

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content