Ustaz Soberi Meninggal Dunia Ketika Beri Kuliah Subuh

SHARE:

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS), Dr Mohd Soberi Awang rebah ketika menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al Ittihadiyya...


SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS), Dr Mohd Soberi Awang rebah ketika menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al Ittihadiyyah, Seksyen 9 sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital.

Berita kematian Mohd Soberi itu dimaklumkan oleh menantunya, Mus’ab Umairi menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Ahad.

“Hari ini ayah mentua saya, almarhum Ustaz Dr Soberi Awang telah kembali kepada penciptanya. Subuh kami di Cairo dibasahi air mata rindu.

“Alhamdulillah atas nikmat bersama baba walau cuma sekejap, banyak Umai belajar daripada baba. Moga ALLAH tempatkan baba bersama para syuhada dan solehin,” tulisnya.

Sementara itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan menyifatkan Mohd Soberi sebagai seorang individu yang mudah untuk didekati dan tidak lokek berkongsi ilmu.

Menurutnya, beliau kerap ke rumah Allahyarham untuk menuntut ilmu dan fiqah harakah serta berdakwah sejak di Jordan sehingga pulang ke Malaysia.

“Pernah duduk bersimpuh menekuni bahan dakwah dan tarbiyah bersama beliau (Mohd Soberi) serta menghirup semangat perjuangan ketika mendapat titipan tarbiyah.

“Beliau merupakan seorang yang faqih dan menguasai fiqah Syafie dengan mendalam, kuat penguasaan Bahasa Arab dan ilmu syair Arab,” tulisnya di laman sosial, Facebook.

Pada masa sama, Mohd Azizee turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Soberi dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman. - Sinar Harian


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content