Wang Pendahuluan PTPTN: Cara Semakan WPP 2023

SHARE:

Wang Pendahuluan PTPTN: Cara Semakan WPP 2023 Nak semak wang pendahuluan PTPTN sebanyak RM1,500? Berikut dikongsikan maklumat lanjut kaedah ...

Wang Pendahuluan PTPTN: Cara Semakan WPP 2023

Nak semak wang pendahuluan PTPTN sebanyak RM1,500?

Berikut dikongsikan maklumat lanjut kaedah permohonan serta syarat WPP 2023.


Pengenalan

[SIARAN MEDIA] 42,946 PELAJAR KE IPTA BAKAL TERIMA WANG PENDAHULUAN PINJAMAN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa berusaha untuk membantu serta menjaga kebajikan pelajar yang akan memasuki Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dengan menyediakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP).

WPP berjumlah RM1,500 diberikan kepada setiap pelajar yang layak untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki IPTA.

PTPTN telah menyediakan peruntukan berjumlah RM64.42 juta kepada seramai 42,946 pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian peringkat Diploma di IPTA bagi kemasukan sesi Julai 2023.

Bantuan wang pendahuluan ini bertujuan meringankan beban ibu bapa membiayai kos kemasukan anak-anak ke universiti awam.

Semakan Wang Pendahuluan PTPTN

Permohonan WPP boleh dibuat ketika proses mengisi UPUOnline.

Sekiranya layak, WPP boleh ditunaikan di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa beberapa dokumen seperti berikut:

  • Surat tawaran WPP yang boleh dicetak secara online di portal rasmi PTPTN
  • MyKad pelajar (wakil tidak dibenarkan)
  • Semakan tawaran WPP boleh dibuat di portal rasmi :
  • 👉👉👉 https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/ ðŸ‘ˆðŸ‘ˆðŸ‘ˆ

WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh diluluskan.


Cara Menunaikan WPP PTPTN

WPP boleh ditunaikan di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh negara mulai 18 Julai 2023 dengan membawa surat tawaran WPP serta MyKad pelajar.

*Wakil adalah TIDAK DIBENARKAN


Syarat-syarat & Cara Permohonan

Wang Pendahuluan PTPTN ini diberikan kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang :

  • Telah memberi persetujuan menerima WPP semasa memohon melalui UPUOnline atau kemasukan IPTA
  • Ibu bapa atau penjaga pelajar merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Memenuhi kriteria yang ditetapkan
  • Para pelajar boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian melalui portal rasmi PTPTN mengikut tarikh permohonan yang ditetapkan bagi setiap IPTA untuk memastikan pinjaman dapat diproses dan diluluskan sewajarnya.
  • Pelajar yang ingin memohon PTPTN perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).


Tempoh Sahlaku

Tempoh sahlaku WPP adalah selama 2 bulan bermula 18 Julai 2023 hingga 18 September 2023.


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dalam lampiran yang disertakan di bawah:


Namun perlu diingatkan wang pendahuluan PTPTN ini bukanlah percuma.

Setiap semester pemotongan sebanyak RM500 akan dibuat secara automatik selama tiga (3) semester berturut-turut.

Nasihat kami agar anda cuma memohon wang pendahuluan ini sekiranya betul-betul terdesak sahaja.

Ini kerana pemotongan RM500 setiap semester bukanlah satu amaun yang kecil.

Banyak benda yang boleh dibuat dengan amaun tersebut.



sumber:ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content