Drama Cik PA Tuan Ash Episod 1-20 (Akhir) Tonton

SHARE:

Saksikan drama terbaru Cik PA Tuan Ash yang akan menemui penonton mulai 20 Julai 2023, bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis, pada jam 6.00 ...


Saksikan drama terbaru Cik PA Tuan Ash yang akan menemui penonton mulai 20 Julai 2023, bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis, pada jam 6.00 petang menerusi slot Sakura di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Drama 20 episod yang bakal menggantikan Kampung Mat Saleh ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip daripada Zyza Backy.

Lagu Tema (OST)
Tajuk Lagu : Di Sana Dis Sini
Penyanyi : Sissy Iman
Komposer : Sissy Iman
Penulis Lirik : Sissy Iman

Barisan Pelakon
Drama Cik PA Tuan Ash menampilkan barisan pelakon seperti Dini Schatzmann, Janna Nick, Alvin Chong, Raja Azura, Jaafar Onn dan Hisham Zainal.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pelakon seperti Syarafi Sudarmaji, Kween Keela, Sharifah Husna, Camelia Natasya, Dayang Areeda, Zalfazin, Ferth Jasni, Ariel Izz, Zahid Deck dan ramai lagi.

Watak Lakonan
Dini Schatzmann sebagai Tuan Ash
Janna Nick sebagai Husna
Alvin Chong sebagai Sam
Raja Azura sebagai Puan Diana
Jaafar Onn sebagai Khalid
Hisham Zainal sebagai Nasri
Syarafi Sudarmaji sebagai Zarul
Kween Keela sebagai Jojo
Sharifah Husna sebagai Zetty

Sinopsis Cik PA Tuan Ash
Ianya mengisahkan tentang seorang Tuan Ash iaitu seorang yang berkerjaya dan hebat dalam urusan kerjayanya. Pandai dalam menguruskan syarikat, tetapi tidak dalam memilih calon isteri.

Tuan Ash menghadapi kesukaran dalam mencari kekasih untuk dikahwininya. Sering diperli oleh rakan-rakan seumurnya. Jadi dia bertekad untuk menamatkan zaman bujang mencari cinta sejatinya sebelum berumur 31 tahun.

Oleh kerana kerap gagal dalam usahanya untuk mengenali seseorang, Tuan Ash telah melanti Husna sebagai pembandu peribadinya (PA). Husna sebagai pembantu dalam urusan kerja dan juga berperanan untuk membantunya mengenali calon-calon isteri.

Setiap tindakan Tuan Ash ketika berurusan dengan calon kekasihnya dijalankan melalui nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Husna.

Namun, Tuan Ash juga seorang bos yang mementingkan kesempurnaan dan meletakkan kepercayaan penuh pada Husna tidak kira urusan rasmi atau peribadi.

Oleh yang demikian, Husna terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga dia langsung tidak mempunyai masa langsung untuk dirinya sendiri.

Konflik memuncak apabila Husna meletakkan jawatan sebelum Tuan Ash mencapai sasarannya untuk berkahwin. Keputusan itu dibuat kerana terlalu fokus kepada kerjanya sehingga menyisihkan kekasihnya, Sam.

Mampukah Tuan Ash mencari pasangan hidupnya tanpa bantuan Husna? Adakah Husna dapat mengejar cintanya kembali?


Drama Cik PA Tuan Ash Episod 1-20 (Akhir) Tonton

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 (AKHIR)


Streaming Online Di Tonton.Com.My (Layan Drama Atas Talian)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content