Drama Obsesi Dia Episod 1-15 (Akhir) Tonton

SHARE:

Saksikan drama terbaru Obsesi Dia yang akan menemui penonton mulai 5 Julai 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam ...


Saksikan drama terbaru Obsesi Dia yang akan menemui penonton mulai 5 Julai 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Drama siri 15 episod yang diadaptasi daripada novel 'The Witness' karya Suhailah Selamat ini merupakan terbitan syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eoon Shuhaini dengan nukilan skrip bersama daripada Rozie Rashid dan PGRs Team.

Lagu Tema (OST)
Lagu Tema : Di Hujung Mimpi
Artis : Black Hanifah
Komposer : Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K
Lirik : Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K

Barisan Pelakon
Drama Obsesi Dia menampilkan barisan pelakon seperti Sophia AlBarakbah, Zahiril Adzim, Zaki Azeman, Ashraf Muslim, Fify Azmi, Jay Iswazir, Faha Azhar, Alif Hadi, Natasya Mahyan, Kak Girl dan ramai lagi.

Watak Lakonan
Sophia AlBarakbah sebagai Aafiyah/Aaliyah
Zaki Azeman sebagai Zacky
Zahiril Adzim sebagai Rafeeq Mikhail
Ashraf Muslim sebagai Rizq
Fify Azmi sebagai Adelia Sofei
Jay Iswazir sebagai Doktor Zahin
Alif Hadi sebagai Rafeed Adam

Sinopsis Obsesi Dia
Bermula dengan tragedi pembunuhan yang kejam dan ianya disaksikan oleh Affiyah ketika menyambut ulang tahun ke-18. Takut menjadi mangsa seterusnya, Affiyah yang diugut oleh pembunuh berjaket hud telah berjanji untuk merahsiakan peristiwa tersebut daripada orang lain.

Affiyah yang ketakutan telah didesak oleh ibunya untuk menceritakan tentang peristiwa yang disaksikannya. Akhirnya, Affiyah menceritakan tentang peristiwa tersebut dan ibunya bertekad untuk membuat laporan polis.

Hal ini sampai ke pengetahuan pembunuh berjaket hud itu dan telah menaikkan api kemarahannya dan bertindak untuk membunuh ibu Affiyah.

Sejak itu, Affiyah takut orang sekelilingnya dibunuh dan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan segala rahsia pembunuh berjaket hud itu.

Namun, rahsia mula terbongkar satu persatu oleh orang sekeliling Affiyah yang mahu mencari kebenaran di sebalik misteri pembunuhan bersiri itu.

Adakah pembunuhan bersiri ini bakal berterusan? Berjayakah pembunuh berjaket hud itu ditumpaskan?


Drama Obsesi Dia Episod 1-15 (Akhir) Tonton

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 (AKHIR)

Streaming Online Di Tonton.Com.My (Layan Drama Atas Talian)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content