Filem Adoiii Jiwaku

SHARE:

Lomo Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama MM2, MCM Cometro, Ant3, Fortune Studios dan Shinjiru kembali dengan sebuah lagi naskah filem terbahar...


Lomo Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama MM2, MCM Cometro, Ant3, Fortune Studios dan Shinjiru kembali dengan sebuah lagi naskah filem terbaharu berjudul Adoiii Jiwaku. 

Filem yang mengetengahkan kepelbagaian kaum ini dibintangi ole Steve Yap, Ali Arami, E. Ramanamohan, Amber Chia, Allahyarhamah Adibah Nor, Daniel Sher, Anuar Abd Hamid dan ramai lagi. Filem Adoiii Jiwaku bakal menemui penonton di pawagam bermula 7 September nanti.

Adoiii Jiwaku
Tarikh Tayangan: 7 September 2023
Penulis Skrip: Chan Mae Si
Pengarah: Steve Yap
Produksi: Lomo Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Steve Yap sebagai Sia
Ali Arami sebagai Ayis
E. Ramanamohan @ Mohan sebagai Malesh
Adibah Noor sebagai Munah
Amber Chia sebagai Sue
Pablo Amirul sebagai Pablo
Anuar Abdul Hamid sebagai Ayah
Jack Lim sebagai Cashier
Chan Fong sebagai Road Block Police
Mark O’dea sebagai Guru Masalah
Dennis Lau sebagai Dato

Sinopsis Adoiii Jiwaku
Berkisarkan tentang tiga orang rakan sekerja iaitu Sia, Ayis dan Malesh yang berlainan bangsa (Cina, Melayu dan India) yang bekerja di sebuah hotel.

Oleh kerana personaliti dan pendapat serta pandangan perspektif mereka yang berbeza tentang kerja, mereka sering bertelagah sesama sendiri.

Dalam satu peristiwa yang bermula dengan gurauan di pejabat, satu renjatan elektrik menyebabkan Sia, Ayis dan Malesh bertukar badan antara satu sama lain.

Jadi, sudah tentu mereka gagal menyesuaikan diri dengan keadaan ini memandangkan mereka terpaksa tinggal dan hidup di dalam badan orang lain.

Ketiga mereka mula mencari jalan dan mencuba pelbagai cara untuk kembali mendapatkan badan mereka sendiri.

Namun, lama kelamaan mereka mula dapat menyesuaikan diri dengan tubuh yang bukan milik mereka. Antaranya Sia yang mula mempelajari lebih lanjut tentang Melayu dan Islam dengan perbezaan budaya setiap hari.

Sia belajar untuk melihat melalui perspektif Ayis, sehingga akhirnya memahami tentang kepentingan nilai kekeluargaan.

Sebaliknya, Ayis yang berada dalam badan Sia berpindah ke rumah keluarga Sia. Dia mula mengetahui hubungan kekeluargaan yang lemah dalam keluarga itu disebabkan masing-masing yang berahsia dan tidak pernah meluahkan perasaan sebenar mereka. Ayis bagaimanapun berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan anak Sia melalui minat mereka terhadap muzik.

Apa agaknya peristiwa yang berlaku sehingga tiga rakan ini ditimpa musibah? Bagaimana mereka dapat mengatasinya? Adakah mereka akhirnya terus menjadi sahabat baik? Dan adakah mereka akan mendapat semula badan sendiri di akhir cerita?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content