ILKBS: Permohonan, Semakan Lokasi, Program Ditawarkan

SHARE:

  Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) merupakan sebuah pusat pengajian di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Individu warg...

 

Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) merupakan sebuah pusat pengajian di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Individu warganegara Malaysia yang berkelayakan serta mempunyai minat dalam bidang kemahiran merangkumi sektor perindustrian yang terdapat dalam negara boleh memohon untuk melanjutkan pengajian di sini bagi peringkat Diploma dan Sijil.

Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) merangkumi institusi pengajian berikut:

  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)

ILKBS: Permohonan, Semakan Lokasi, Program Ditawarkan


Senarai Lokasi ILKBS

Berikut merupakan 22 lokasi ILKBS yang merangkumi IKTN/IKBN/AKBG:

  • IKTBN Sepang
  • IKTBN Dusun Tua
  • IKBN Peretak
  • IKBN Kuala Langat
  • IKBN Jitra
  • IKBN Naka
  • IKBN Kuala Perlis
  • IKBN Seri Iskandar
  • IKTBN Temerloh
  • IKBN Pekan
  • IKTBN Bachok
  • IKBN Tanah Merah
  • IKBN Wakaf Tapai
  • IKBN Kemasik
  • IKBN Cehembong
  • IKTBN Alor Gajah
  • IKTBN Pagoh
  • IKBN Bandar Penawar
  • IKTBN Bukit Mertajam
  • IKBN Kinarut
  • IKBN Miri
  • Akademi Kemahiran Belia Gold (AKBG) – KL

Senarai Kursus / Program ILKBS Yang Ditawarkan

Secara umumnya, ILKBS menawarkan program pengajian yang mendapat pengiktirafan berikut:

  • Diploma MQA
  • Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap 1 hingga 5
  • Persijilan JKKP
  • Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)

Sila rujuk fail di bawah untuk mengetahui senarai program yang ditawarkan oleh ILKBS.




Tarikh dan tempoh permohonan

Permohonan bagi pengajian di IKBN, IKTBN dan AKBG biasanya dibuka dalam tempoh masa yang tertentu sahaja sepanjang tahun.

Untuk mengetahui tempoh permohonan bagi sesi pengambilan sepanjang tahun, sila rujuk laman web rasmi di alamat https://ekampus.kbs.gov.my/

Panduan permohonan

Bagi anda yang ingin memohon mana-mana program yang ditawarkan di ILKBS, permohonan mestilah dibuat melalui portal eKampus.

Sila rujuk panduan permohonan ILKBS di bawah untuk mengetahui cara-cara memohon program yang digemari:







Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai menghadapi masalah semasa pendaftaran atau permohonan kemasukan ataupun ingin membuat sebarang pertanyaan lain yang berkaitan, sila hubungi talian berikut:

  • 03 8871 3685 / 03 8871 3646 / 03-8871 3683


sumber:ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content