Isu Air: Syahmi Sazli Reda Jika Diboikot

SHARE:

(Gambar kiri) Syahmi dan Anissa (Foto IG @anissafaizul). (Gambar kanan) Tangkap layar hantaran Syahmi di Facebook pada Ahad. -Instagram SHAH...

(Gambar kiri) Syahmi dan Anissa (Foto IG @anissafaizul). (Gambar kanan) Tangkap layar hantaran Syahmi di Facebook pada Ahad. -Instagram

SHAH ALAM: Selepas penjelasan mengenai salah faham terhadap perkongsian hantaran isterinya berkaitan isu air yang membelenggu seorang pengusaha kek di Kelantan, pempengaruh media sosial, Syahmi Sazli sekali lagi memberikan reaksi berhubung satu kenyataan yang mahu memboikot perniagaannya.

Syahmi, 28, berkata, beliau dan isteri, Anissa Faizul, 25, reda sekiranya diboikot susulan menyuarakan isu berkenaan.



Tambahnya, beliau bersyukur dan berterima kasih jika masih ada sebilangan peminat yang menyokong serta bersamanya ketika ini.

“Kalau Mi dan Nissa diboikot sebab bersuara untuk kebaikan rakyat senegeri, tidak mengapa, Mi reda.

“Yang mana masih ada bersama Mi, semoga ALLAH membalas kebaikan semua,” ujarnya yang membiasakan diri sebagai 'Mi' menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.


Pada Sabtu, Syahmi menerusi satu hantaran video di platform sama tampil menjelaskan tentang luahan isterinya mengenai masalah air yang tidak berkesudahan di Kelantan walaupun sudah lebih 30 tahun kerajaan negeri sedia ada mentadbir.

Bagaimanapun, Syahmi berkata, isterinya bersuara bukan bermaksud untuk meminta kerajaan negeri ditukar.

Sebelum itu, Anissa menerima banyak kecaman dan kritikan daripada netizen selepas meluahkan mengenai masalah air tersebut di Facebook pada Jumaat. - Sinar Harian

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content