Itu Pilihan You, Nak Buat Kerja Selepas Working Hours

SHARE:

Pernah ke tidak anda pernah rasa sejak zaman wujudnya Whatsapp dan Group ini terdapat pelbagai jenis tasking atau kerja tambahan yang muncul...


Pernah ke tidak anda pernah rasa sejak zaman wujudnya Whatsapp dan Group ini terdapat pelbagai jenis tasking atau kerja tambahan yang muncul selepas waktu kerja kerana senang hendak dibagikan tugas.

Kadang-kala kita terlalu sibuk sampai terlupa untuk luangkan masa bersama dengan keluarga tercinta sehingga kita melihat anak kita sudah tidur dan tidak sempat nak bermain bersama-sama sebelum tidur.

Dibawah ini ada petikan sumber daripada Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa berkaitan dengan kes ini.
ITU PILIHAN YOU, NAK BUAT KERJA SELEPAS WORKING HOURS

Ini rutin ku hampir setiap hari suatu ketika dahulu:
.
Pukul 5.30am

Teet..teet..teet..Alarm ku berbunyi. Aku bangun dari tidur, solat subuh dan bersiap2 untuk ke pejabat. Pukul 6.30am, aku memusingkan kunci kereta untuk menggerakkan keretaku ke pejabat. Ouch, jalan jem gila! Nasib baik ada “Geng Pagi Hot” menemani aku di sepanjang perjalanan. Kurang lah skit stress atas jalan raya ni.
.
Pukul 7.58am

Aku tiba di pejabat. Huh, nasib sempat punch card sebelum pukul 8am. Macam biasa, aku buat secawan kopi untuk memulakan hari ku di pejabat

Dan macam biasa juga:

-Aku kena go through email (ada 25 unread email lagi)

-Plan apa content nak reply email

-Attend meeting dengan client and bla2
.
Pukul 1.00pm

Aduhhh..cepatnya masa berlalu! Dah waktu rehat…Masa untuk makan tengah hari, solat dan release sebentar dari kerja.
.
Pukul 2.00pm

Aku masuk ke pejabat semula. Aku sambung reply email yang aku dah plan pagi tadi. Ya Allah, ada 50 email baru masuk pulak!!! 25 emails semalam pun tak sempat nak reply lagi. So, total dah jadi 75 unread emails. Nak tak nak, aku kena priorities email mana yang urgent, mana yang tak urgent.
.
Pukul 2.30pm

Hu…setel kerja aku untuk priorities mana email yang kena reply dulu. Now it’s time to reply all emails.
.
Pukul 4.30pm

Selesai replied 60 emails. Ada baki 15 emails lagi. Ada lagi 30 minit lagi sebelum time balik. Sempat nak habiskan reply email ni.
.
Pukul 4.50pm

Ada lg 5 emails berbaki. TETAPI, tiba2 extension ku berbunyi.

(Allah, Boss pulak call…Kataku dalam hati)

Aku pun angkat telefon

Boss: Man, come to Board Meeting now. We have ad-hoc meeting!

Saya: Ok Boss. I come now.
.
Pukul 6.00pm

Ad-hoc meeting selesai. Selepas solat asar, aku pun bergegas turun ke basement parking. Dan:

-Aku ON WAZE

-Select destination “Home”

-Waze memaparkan ETA pukul 8.00pm. Allah...kena Maghrib dekat tengah highway lah jawabnya.
.
Pukul 8.45pm

Aku sampai di rumah lewat sikit sebab singgah solat Maghrib, singgah kedai Makcik Senah beli nasi bungkus dan isi minyak untuk perjalanan ke pejabat besok.
.
Pukul 9.30pm

Ok, dah mandi, solat isyak, dan makan malam. Aku check list PVR ku. Aku select “Recorded Buletin Utama”. Aku layan berita sekejap. Kang orang kata, aku ni katak di bawah tempurung pulak, tak tau isu semasa.

Tengah2 syok layan Recorded Buletin Utama, ting2..WhatApp notification dari insan bernama Boss pop-up.

Boss: Man, saya baru email issue from Site. Tolong check drawing sikit. Besok pukul 8am, see me at my room.

Aku yakin Boss aku akan nampak double blue tick tapi aku tak reply pun. Jap lagi lah aku tgk apa yg Boss aku mintak tu. Aku nak habiskan layan Buletin Utama ni, kataku dalam hati.
.
Pukul 11.00pm

Selesai study sedikit lebih kurang apa yang Boss WhatApp aku tadi. So, aku pun reply WhatsApp kat Boss aku: OK Boss, see you tomorrow.

Dan aku pun tidur..
.
Tiba time annual performance review. Boss aku review aku nya self-appraisal. Dan Boss aku memulakan bicara.

Boss: You letak self-appraisal Exceed Expectation? Kenapa?

Aku: Sebab I always give full-commitment. After working hours pun saya masih bekerja..termasuklah hari Sabtu dan Ahad.

Dengan yakin aku jawab. Tapi ini jawapan Boss ku.

Boss: ITU PILIHAN YOU, NAK BUAT KERJA SELEPAS WORKING HOURS. Apa yang you buat selepas working hours tu still within your job scope. I cannot see why I need to give you Exceed Expectation.
.
Whattt!!! Tiada perkataan lain yang timbul di kepalaku selain perkataan SAKIT HATI, REMUK, BERKECAI
.
“ITU PILIHAN YOU, NAK BUAT KERJA SELEPAS WORKING HOURS” ye. Ok, sekarang ini pilihan aku.

-Aku masuk kerja pukul 8am.

-Aku balik pukul 5pm.

-WhatApp Boss masuk pukul 9pm?? Aku abaikan. Besok je aku reply.

-Aku cuba luangkan masa bersama Family aku macam layan anak melukis,main kereta mainan sama2 and makan bersama family di meja makan.

- Have good time untuk diri sendiri macam tengok movie kesukaan dan berehat secukupnya.
.
Cukup setahun aku buat macam tu, tiba masa annual performance review. Boss aku memulakan bicara.

Boss: Ok, you put Meet Expectation. Kenapa?

Aku: Sebab saya buat apa yang di amanahkan kepada saya. Tak lebih, tak kurang.

Boss: To be honest, your performance consider Below Expectation.

Aku: Kenapa Boss cakap macam tu?

Boss: Sebab you balik On-Time. My WhatApp, you lambat response and bla2.

Aku: Boss lupa? Boss bagi saya pilihan last year. So, ini pilihan saya dan in the same time saya deliver kerja yang saya perlu deliver.

Boss:…….(diam)
.
Kepada Majikan, ini nasihat saya. Do not play with a word. WRONG WORDS WILL DEMOTIVATED YOUR STAFF.
.
Kepada pekerja, ini nasihat saya. Kerja tidak akan pernah habis. Hargai masa yang ada untuk diri sendiri dan keluarga. By the end of the day, FAMILY ANDA AKAN BERSAMA ANDA SAMPAI BILA2 BUKAN KERJA ANDA.
.
Moga bermanfaat
Assalam
Ir. Abdul Rahman Bahasa
28 January 2020
#Pilihan #Masa #Family #Demotivated

Macam mana pun kita kena pandai merancang untuk kehidupan kita dan hala tuju kita. Memang kena bekerja untuk cari duit tetapi ada masa kita kena bersama dengan orang tersayang setiap hari.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content