Kemuncak Fenomena Hujan Meteor Perseids Pada 13 Ogos 2023

SHARE:

Hujan Meteor Perseids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus. Walau bagaimanapun, kemunculann...

Hujan Meteor Perseids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus. Walau bagaimanapun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari dan merentasi laluan orbit Komet Swift-Tuttle.
.
Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Komet ini kali terakhir mendekati Bumi pada tahun 1992 dan dijangkakan akan menghampiri Bumi semula pada tahun 2126. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
.
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿𝗮𝗽 𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗶𝗱𝘀:
Pastikan anda berada di kawasan lapang yang selamat serta keadaan persekitaran dan langit yang gelap (tiada gangguan cahaya).
Pandangan anda juga tidak terhalang dengan bangunan yang tinggi, pokok atau rumah.
Jauhi persekitaran yang bercahaya. Lebih gelap, lebih baik.
Sesuaikan mata anda dengan keadaan yang gelap selama 20 minit.
Tidak perlu memfokuskan ke arah buruj Perseus sahaja untuk melihat hujan meteor ini kerana ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
Komet merupakan pepejal gabungan antara batuan, debu dan ais yang tersebar apabila mengorbit mendekati Matahari.
Komet Swift-Tuttle pertama kali dijumpai pada tahun 1862 oleh Lewis Swift dan Horace Tuttle.
Perseus ialah buruj langit utara. Ia terletak di antara buruj Auriga dan buruj Cassiopeia. Mirfak, bintang yang paling terang di Perseus, adalah lebih besar daripada Matahari
.
𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗥𝗨𝗝𝗨𝗞𝗔𝗡
https://solarsystem.nasa.gov/…/meteo…/perseids/in-depth/
https://www.timeanddate.com/…/meteor-shower/perseid.html
https://earthsky.org/…/everything-you-need-to-know…/
https://www.space.com/32868-perseid-meteor-shower-guide.html
https://in-the-sky.org/news.php?id=20230813_10_100…
.
#MYSA #MOSTI #ONL
#merakyatkansains #menginsankanteknologi

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content