Keputusan PRN 2023 [Realtime / Live Result]

SHARE:

TERKINI: KEPUTUSAN & TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI (PRN 2023) Hari Penamaan Calon : 29 JULAI 2023 (SABTU) Hari Mengundi Awal ...

TERKINI: KEPUTUSAN & TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI (PRN 2023)
  • Hari Penamaan Calon : 29 JULAI 2023 (SABTU)
  • Hari Mengundi Awal : 8 OGOS 2023 (SELASA)
  • Hari Mengundi : 12 OGOS 2023 (SABTU)
Tentang Pilihan Raya Umum DUN Ke-15

Pilihan Raya Umum atau PRU 2022 telah ditetapkan pada 19 November untuk memilih anggota dewan rakyat di Parlimen Malaysia ke-15.

PRU diadakan 5 tahun sekali bagi memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin berdasarkan sistem pengundian yang ditetapkan SPR.

PRU DUN Negeri pada tahun 2023 ini diadakan bagi 6 buah negeri yang tidak membubarkan DUN pada PRU-15 yang lalu.

Untuk makluman, PRN ini bukan untuk memilih Kerajaan Pusat tetapi untuk 6 kerajaan negeri.



SIARAN LANGSUNG PRU DUN KE-15 & KEPUTUSAN PRN 2023

Malaysia kini berada dalam fasa Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri kali ke-15 melibatkan 6 negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Seperti PRU Ke-15 yang lalu, SPR sekali lagi bakal mengadakan SIARAN LANGSUNG di laman Facebook, serta akaun Youtube dan Tiktok untuk tontonan rakyat Malaysia agar dapat melihat sendiri proses Pilihan Raya yang dilaksanakan secara langsung di 6 buah negeri terlibat; dan bertanyakan soalan-soalan tentang pilihan raya semasa siaran langsung tersebut.

Jangan lupa temujanji dengan SPR pada tarikh-tarikh penting siaran langsung akan diadakan iaitu pada:
  • 29 Julai 2023 (Sabtu) – Hari Penamaan Calon
  • 31 Julai 2023 (Isnin) – Hari Pengeluaran Undi Pos
  • 8 Ogos 2023 (Selasa) – Hari Undi Awal
  • 11 Ogos 2023 (Jumaat) – Hari Semakan Isi Peti Undi
  • 12 Ogos 2023 (Sabtu) – Hari Mengundi
Jangan lupa untuk Follow, Like dan Subscribe Media Sosial SPR untuk notifikasi awal dan pantas di:
Kuasa mengundi dan memilih kini berada di tangan anda.

Jangan lupa!

Bilangan Kerusi DUN Yang Dipertandingkan

Berikut adalah kekosongan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri 2023 :
  • 36 kerusi Dewan Negeri Kedah
  • 43 kerusi Dewan Negeri Kelantan
  • 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu
  • 40 kerusi Dewan Undangan Pulau Pinang
  • 56 kerusi Dewan Negeri Selangor
  • 36 kerusi Dewan Negeri Negeri Sembilan
570 calon bertanding merebut 245 kerusi DUN pada pilihan raya enam negeri pada 12 Ogos ini.


Keputusan PRN 2023 [PRU DUN 15]

Ikuti perkembangan PRU DUN KE-15 di saluran berikut :

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content