Kredit eTunai RM100 Untuk B40, M40 : Tarikh & Penebusan

SHARE:

  KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM1...

 KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.

Kredit eTunai RM100 Untuk B40, M40 : Tarikh & Penebusan



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.

Kredit eTunai RM100 Untuk M40, B40

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Perdana Menteri berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.


Tarikh Penebusan

Kredit e-tunai RM100 kepada rakyat dewasa berpendapatan bawah RM100,000 setahun akan dilakukan pada suku keempat tahun ini -MoF

LAIN-LAIN RANGKUMAN UCAPAN PERDANA MENTERI :

Kerajaan tawar kredit e-tunai RM100 kepada rakyat berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah, lebih 10 juta orang layak

Kredit e-tunai RM100 untuk rakyat dewasa Malaysia berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah, merangkumi lebih 10 juta rakyat B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion

Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju

Kerajaan akan menumpukan usaha untuk mengantarabangsakan syarikat pemula dan PKS tempatan
Belanjawan MADANI 2023 bakal mengandungi lebih 70 inisiatif untuk perniagaan mikro dan kecil, menumpu kepada akses pinjaman, jaminan pembiayaan

Pengukuhan kewangan Islam akan menekankan pembiayaan ekuiti termasuk venture capital, equity crowdfunding dan ekonomi digital Islam, kewangan sosial Islam termasuk zakat, wakaf dan sadaqah, serta kaedah blended finance

Kerajaan alu-alukan syarikat pemula Malaysia seperti PolicyStreet, Dropee, Lapasar, dan Funding Societies yang boleh menjadi agen perubahan sektor PMKS melalui penyediaan pembiayaan alternatif seperti equity crowdfunding

Kerajaan akan melaksanakan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding KDNK kepada tahap 45 peratus selaras tahap negara lebih maju

Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju

Kerajaan berhasrat laksanakan levi pekerja asing berperingkat dengan sebahagian peningkatan hasil levi dikhususkan untuk program automasi serta latihan untuk pekerja tempatan

Kerajaan akan melaksanakan dasar perindustrian mengikut geografi iaitu pengkhususan aktiviti dan pelaburan mengikut wilayah supaya sejajar dengan kelebihan serta tahap pembangunan setiap wilayah 

Kerajaan sediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, RM200 kepada pesara kerajaan 

Lebih 2.3 juta penjawat awam termasuk pesara dapat manfaat darupada Bantuan Khas Penghargaan yang akan dibayar dalam tempoh dua minggu

Jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan untuk bantu rakyat miliki rumah

Kerajaan jamin tidak abaikan rakyat dalam hadapi cabaran kos sara hidup, terus sedia bantuan kepada yang memerlukan


sumber: MoF/ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content