Makan Petang Di Restoran Mee Zdin Kuala Perlis

SHARE:

Apabila tiba waktu cuti dan berada di kampung, mulakan bermacam-macam idea keluar untuk cari makanan yang sedap dan tular di media sosial. S...


Apabila tiba waktu cuti dan berada di kampung, mulakan bermacam-macam idea keluar untuk cari makanan yang sedap dan tular di media sosial. Salah satunya ialah Restoran Mee Zdin iaitu jalan lama hendak ke Kuala Perlis.

Restoran Mee Zdin

Depan sek ren kayang bohor lateh(jalan lama ke, Kuala Perlis

013-512 1240
Pada mulanya semalam mak mentua saya hendak masak dan tiba-tiba terfikir apabila berada di kampung ini. Mesti kita kena gembirakan keluarga kita dengan belanja makan diluar. Oleh itu ibu mentua saya tiba-tiba ada idea dengan kata pergi makan di Restoran Mee Zdin sambil menunjukan video yang tular di dalam Whatsapp groupnya berkaitan dengan Restoran Mee Zdin sekali.


Dalam kepala otak ini kata bagus juga selepas makan boleh pusing kawasan di persisiran pantai Kuala Perlis tersebut untuk melihat suasana petang disitu sebab lama sudah tidak sampai disitu sebab kerap berpindah di antara negeri lain ke negeri lain.

Oleh itu waktu tengah hari hendak ke petang semua siap dan terus pergi makan di Restoran Mee Zdin. Pelbagai jenis menu tersedia disini seperti Mee Rebus, Nasi Goreng, Teh Ais Kaw, Laici kang, Pasembor dan bermacam menu lain.


Dekat 7 menu makanan juga walaupun hanya 4 orang dewasa dengan 2 orang kanak-kanak dan harganya agak mengejutkan memang murah disebabkan duduk di Selangor terlampau lama dan harga pun memang mahal disana. Total habis dalam RM76 sahaja siap kena pow lagi dengan anak-anak candy di kaunter pembayaran.

Kalau lalu di sekitar Kuala Perlis ataupun hendak naik Jeti Kuala Perlis ke Langkawi. Singgah dahulu makan di Restoran Mee Zdin ikut jalan lama ke Kuala Perlis. Sangat recommended.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content