Modul Pengurusan Murid public.moe.gov.my (SPATKPM)

SHARE:

Modul Pengurusan Murid public.moe.gov.my (SPATKPM) Modul Pengurusan Murid merupakan satu sistem yang menyimpan maklumat murid yang bersekola...

Modul Pengurusan Murid public.moe.gov.my (SPATKPM)


Modul Pengurusan Murid merupakan satu sistem yang menyimpan maklumat murid yang bersekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Sekolah Swasta yang menggunakannya.

Ibu bapa perlu membuat pengemaskinian yang dilakukan secara online menerusi portal public.moe.gov.my itu bertujuan memastikan maklumat anak-anak dikemaskini sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Terdahulu, pihak sekolah telah mengedarkan Borang Maklumat Murid (BMM) kepada ibu bapa pada setiap awal tahun.

Ibu bapa yang menerima borang tersebut, dikehendaki mengisinya secara manual dan menyerahkan kembali kepada guru untuk proses seterusnya.

Namun, BMM tidak lagi diedarkan secara manual sebaliknya semua ibu bapa perlu mengisi data secara dalam talian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem ini dan cara untuk membuat kemaskini maklumat.

Pengenalan Modul Pengurusan Murid (public.moe.gov.my)

Pengguna perlu berdaftar di portal public.moe.gov.my sebagai pengguna baharu jika masih belum berdaftar.

Jika telah berdaftar, terus masukkan ID (nombor kad pengenalan penjaga) dan kata laluan yang telah ada dalam simpanan anda.

Untuk makluman, pengemaskinian ini hanya boleh dilakukan oleh ibu bapa/penjaga yang berstatus warganegara atau mempunyai nombor kad pengenalan 12 digit yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Cara Daftar & Kemaskini Modul Pengurusan Murid

1.Layari laman web SPS KPM di pautan https://public.moe.gov.my/

2. Daftar masuk (Untuk pengguna kali pertama)

Rujuk cara daftar pengguna kali pertama melalui infografik di bawah:

Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Bahan Rujukan.



4. Sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.
3. Selepas daftar, sila Login.

5. Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT.


Profil Anak Jagaan
6. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

  • Alamat Anak Jagaan
  • Maklumat Penjaga


7. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.



Lupa Kata Laluan SPATKPM

Jika anda terlupa password atau kata laluan, anda boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula kata laluan menerusi e-mel yang telah didaftarkan ketika daftar pengguna baharu ataupun melalui soalan keselamatan.

Nama Anak Tiada Dalam Paparan

Apabila nama anak tuan/puan tiada dalam senarai, ia berpunca daripada masalah data peribadi tuan/puan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) tidak tepat ataupun terdapat kesalahan.

Contohnya nombor kad pengenalan yang digunakan bukan nombor kad pengenalan awam 12 digit, terdapat kesilapan angka pada nombor kad pengenalan, penggunaan nombor kad pengenalan tentera/polis, penandaan tuan/puan sebagai penjaga utama atau kedua tidak tepat, status hubungan tuan/puan dengan anak jagaan tidak tepat atau tidak dilengkapkan dan tidak dilakukan pengemaskinian oleh guru kelas.

Oleh itu tuan/puan perlu menghubungi guru kelas bagi menyemak dan melakukan pembetulan jika terdapat kesalahan atau kesilapan.


MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian berikut: 03-888 49 225.

Jika E-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATA LALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi kata laluan)
Meja bantuan Negeri/PPD.

sumber:ecentral.my/moe.gov.my/public.moe.gov.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content