Nana Dan Jam Atok (TV9)

SHARE:

Saksikan telefilem Nana Dan Jam Atok yang akan menemui penonton semula pada 18 Ogos 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerus...


Saksikan telefilem Nana Dan Jam Atok yang akan menemui penonton semula pada 18 Ogos 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 di Slot Cereka Ahad TV3 ini merupakan terbitan syarikat produksi Orangetree Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emi Suffian dengan nukilan skrip daripada Anina Sahal.

Nana Dan Jam Atok
Waktu Siaran : Jumaat, 18 Ogos 2023, 8:30 malam
Siaran TV : Slot Skrin Di 9 (TV9) / Tonton
Penulis Novel : Anina Sahal
Pengarah : Emis Suffian
Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd

Barisan Pelakon
Nur Qistina Raisah, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Hafizuddin Fazil, Shanie, Gen Darwish, Danish Hazriq, Ramli Salleh dan ramai lagi.

Watak Lakonan
Nur Qistina Raisah sebagai Nana
Shukri Yahaya sebagai Samad
Nabila Razali sebagai Cikgu Liza
Hafizuddin Fazil sebagai Atok Karim
Shanie sebagai Kak Nani
Gen Darwish sebagai Mikael
Danish Hazriq sebagai Farish

Sinopsis Nana Dan Jam Atok
Ianya mengisahkan tentang Nana dikenali sebagai seorang pelajar yang pemalas dan sering lewat ke sekolah. Alasan yang biasa digunakan jika datang lambat ke sekolah adalah jam di rumahnya rosak dan tidak berbunyi.

Disebabkan perkara tersebut, ayahnya menukar jam dibilik Nana dengan harapan ada perubahan. Suatu hari, sebelum Nana pulang ke Kuala Lumpur, atuknya telah menghadiahkannya sebuah jam antik yang telah merubah hidup Nana.

Disebabkan jam antik tersebut, masa bermainnya terasa sungguh singkat dan masa belajar semakin lama. Dia cuba untuk membuang jam itu tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Dia tidak mahukan jam tersebut berada di biliknya.

Pelbagai cara Nana cuba untuk menghapuskan jam itu sehingga menghadiahkan jam itu kepada Cikgu Liza sempena Hari Guru akan tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Nana mula pasrah dan kehidupnya semakin berubah ke arah kebaikan.


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content