Permohonan Dermasiswa B40 JPA 2023 (DB40) & Semakan

SHARE:

TAWARAN PENAJAAN JPA BAGI PELAJAR LEPASAN SPM TAHUN 2022 :   PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2023 Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidma...

TAWARAN PENAJAAN JPA BAGI PELAJAR LEPASAN SPM TAHUN 2022 : PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar-pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat untuk memohon Program Dermasiswa B40 JPA (DB40).

Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka mulai 31 Julai hingga 11 Ogos 2023.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Dermasiswa B40 JPA tahun 2023 bagi lepasan SPM 2022 untuk rujukan bersama.

Permohonan Dermasiswa B40 JPA 2023 (DB40) & Semakan

Apakah Program Dermasiswa B40?

Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai
kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.



Bagi tahun 2023, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Syarat Permohonan Biasiswa Dermasiswa B40

Syarat Umum

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022 buat kali pertama;
  4. Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
  5. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
  6. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama; dan
  7. Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

Cara Permohonan

Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti di bawah :






Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan:
31 Julai – 11 Ogos 2023

Semakan & Keputusan Permohonan Dermasiswa B40

Keputusan permohonan penajaan ini akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada 6 Oktober 2023.

Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.

Sekiranya pelajar tidak mendapat sebarang makluman dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Permohonan dan maklumat lanjut: https://esilav2.jpa.gov.my

Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-melkan ke dermasiswa2023@jpa.gov.my

(e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Semoga bermanfaat buat para pelajar yang berkenaan.


sumber:ecentral.my/jpa.gov.my/

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content