Tanah Kubur Siri 16

SHARE:

Selepas penantian selama 7 tahun, para penggemar drama rantaian bersiri ‘Tanah Kubur’ kini kembali untuk musim ke-16 yang bakal bersiaran di...

Selepas penantian selama 7 tahun, para penggemar drama rantaian bersiri ‘Tanah Kubur’ kini kembali untuk musim ke-16 yang bakal bersiaran di Astro Oasis. Dengan penceritaan yang berpaksikan keagamaan dan moral, drama ini merupakan antara drama yang terlama bertakhta di Astro dengan meraih pujian serta minat ramai penonton.

Tanah Kubur musim terbaharu ini kekal memaparkan kisah hal kematian yang perlu dihadapi Tok Adi sebagai penggali kubur di kampungnya. Setiap kali menguruskan jenazah, dia sentiasa menghadapi pelbagai dugaan dan perkara aneh yang menjadikan kisahnya padat dengan elemen religi dan kemasyarakatan. Masih diterajui pelakon veteran Nasir Bilal Khan, musim baharu ini turut menampilkan wajah-wajah hebat sebagai pelakon jemputan seperti Naim Daniel, Nad Zainal, Dato’ Aaron Aziz dan ramai lagi.

Penggambaran drama ini dilakukan di Ijok, Sekinchan, Rawang dan Kuala Lumpur dengan hasil karya berkualiti arahan Rashid Sibir bersama kru produksi yang sama. Namun penceritaan kali ini dihiasi nafas baharu dengan pelbagai topik penuh iktibar dan pengajaran yang bermanfaat. ‘Tanah Kubur’ musim ke-16 ini akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat, bermula 11 Ogos 2023, jam 7.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Oasis (106).

Tanah Kubur Siri 16
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 11 Ogos 2023
Waktu Tayangan: Jumaat, 7.30 malam
Rangkaian: Astro Oasis / Astro GO
Pengarah: Rashid Sibir
Produksi: Opera Klasik Sdn Bhd

Watak Pelakon
Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi
Aaron Aziz sebagai Syamil
Nad Zainal sebagai Yati
Fikry Ibrahim sebagai Kamal
Naim Daniel sebagai Kamil
Rosnah Mat Aris sebagai Nenek kepada Kamil

Sinopsis Tanah Kubur Siri 16
Mengupas mengenai hal kematian yang akan menunjukkan balasan kepada mayat yang setimpal dengan amalan mereka ketika masih hidup. Jika seseorang itu baik, maka baiklah balasannya dan jika seseorang itu berbuat jahat maka balasannya juga jahat.

Dalam Tanah Kubur Siri 16, para penonton dapat melihat pelbagai kes di mana Tok Adi, penggali kubur yang dimainkan oleh pelakon veteran, Nasir Bilal Khan mudah menguruskan mayat, wajah mereka bersih dan tersenyum, dan kubur mereka berbau wangi manakala ada juga kes di mana pengurusan mayat menjadi susah, wajah mayat bertukar menjadi gelap dan pembalasan azab di kubur sudah bermula.

Tok Adi yang juga dianggap sebagai tunggak masyarakat di kalangan orang kampungnya akan menyelesaikan semua masalah berkenaan dengan kematian. Walaupun Tok Adi akan berhadapan dengan pelbagai cemuhan dan kutukan daripada orang yang tidak menyukainya, tetapi beliau tetap tabah menghadapi segala dugaan dan amanah dalam melaksanakan kerjanya.


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content