Tema Hari Kebangsaan 2023 Dan Logo Sambutan

SHARE:

Tema Dan Logo Sambutan Hari Kemerdekaan 2023. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum bakal merayakan sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerde...

Tema Dan Logo Sambutan Hari Kemerdekaan 2023. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum bakal merayakan sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. 

Apakah Tema Tahun Ini? 
Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 yang dipilih pada tahun ini adalah Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada 27 Mei 2023.

Sebagai rujukan, tema pada tahun yang lepas adalah seperti yang dibawah ini.
Tahun 2022 - Keluarga Malaysia : Teguh Bersama bagi 
Tahun 2021 & 2020 - Malaysia Prihatin
Tahun 2019 - Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih
Tahun 2018 - Sayangi Malaysiaku
Tahun 2017 - Negaraku Sehati Sejiwa 
Tahun 2016 - Sehati Sejiwa. 

Hari Kebangsaan adalah merupakan tarikh cuti umum buat Malaysia. 31 Ogos 2023 akan jatuh pada hari Khamis manakala Hari Malaysia pada hari Sabtu, 16 September 2023.

Tema Hari Kemerdekaan 2023 Dan Logo Sambutan

Berikut dikongsikan tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan tahun 2023 iaitu Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan yang dipilih bagi mendasari tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah bangsa yang memiliki semanagt perpaduan yang tinggi, bersatu padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera.

Juga dikongsikan maksud logo sambutan beserta lirik lagu tema hari kemerdekaan kali ke 66 tahun 2023 dan maklumat acara perbarisan/ perarakan sambutan:-

Hari Kebangsaan Ke 66 & Hari Malaysia 2023 (Ke 60)

TEMA HARI KEBANGSAAN 2023 : Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan

Acara Tahun 2023

Pada majlis pelancaran logo dan tema hari kebangsaan 2023, Menteri Komunikasi dan Digital turut mengumumkan sambutan hari kebangsaan akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos. Manakala sambutan hari Malaysia akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 16 September 2023.

Logo Sambutan


Maksud Malaysia Madani

Malaysia Madani bermaksud sebuah konsep panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran negara yang lebih manusiawi. Ia bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Jalur : Bentuk Lima jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia

Bulatan : Bulatan berwarna biru pula menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat

Bulan Sabit : Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama persekutuan

Bintang : Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan

Warna biru, Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan. Warna merah, keberanian, jatidiri dan keazaman. Warna kuning, Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan. Warna putih, keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

Lagu Tema Hari Kebangsaan 2023

Malaysia Madani

Ciptaan : Bunkface

Lirik : Sam & Pidaus

Penyanyi : Bunkface



Lirik Lagu BunkFace - Malaysia Madani

Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan

Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani

Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan

Malaysia! Madani!

Bersatu
Untuk
Negara
Kita

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content