Drama Hati Tercarik Luka (TV3)

SHARE:

Jangan ketinggalan untuk menonton drama Hati Tercarik Luka bermula 21 Disember 2023 menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis...

Jangan ketinggalan untuk menonton drama Hati Tercarik Luka bermula 21 Disember 2023 menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Drama bersiri 15 episod terbitan Creative Skill Solution merupakan inspirasi novel Hati Tercarik Luka karya Aida Asmida, diarahkan oleh Emi Suffian dan nukilan skrip oleh Nieza Nahar

Watak Pelakon
Syarul Ezani, Zarazya, Ryun Ryry, Fizo Omar, Mia Nasir, Jasmin Hamid, Aleza Shadan, Haeriyanto Hassan, Halim Radzi dan ramai lagi.

Sinopsis Hati Tercarik Luka
Rumah tangga Dani Zairie (Syarul Ezani) dengan Eyda Amanda (Zarazya) bahagia dengan kurniaan seorang anak perempuan, Farra. Dani Zairie dan Eyda Amanda bagaikan lambang pasangan yang bahagia. Perkahwinan mereka berdua dijodohkan oleh Puan Safina (Jasmin Hamid), ibu kepada Dani.

Walaupun Eyda turut bekerja, dia tidak lupa tentang peranan dan tanggung jawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Eyda selalu alpa yang dia perlu dahulukan suami dan anaknya. Dani pula menjadi suami yang memahami dan turut ringan tulang untuk membantu melakukan kerja rumah.

Namun, Puan Safina sering masuk campur dalam rumah tangga anaknya sehingga merunsingkan Eyda. Puan Safina menganggap Eyda mahu menjadi ‘Queen Control’. Puan Safina turut memberikan tekanan kepada Eyda untuk mendapatkan anak lagi, khususnya cucu lelaki memandangkan Farra sudah pun berumur 5 tahun.

Tidak lama kemudian, Dani dan Eyda menerima khabar gembira apabila Eyda disahkan mengandung lagi. Puan Safina sungguh teruja dan mengharapkan kandungan kali ini ialah bayi lelaki. Pada masa yang sama, Eyda mula perasan Dani telah berubah tetapi Dani pandai berkata-kata untuk menenangkan Eyda. Eyda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani akan kekal selagi hayatnya. Namun, konflik mula membelenggu kehidupan mereka berdua dengan kehadiran Maya Maria (Ryun Ryry).

Rupa-rupanya dalam diam, Dani ada hubungan sulit dengan pembantu peribadinya, Maya yang masih berstatus isteri kepada Mazli (Halim Radzi). Maya menagih kasih daripada Dani kerana Mazli bekerja berjauhan dan lebih pentingkan keluarga sendiri berbanding Maya. Demi memiliki Dani, Maya berani melawan dengan suaminya malah Maya sanggup menggunakan ilmu hitam untuk merampas Dani.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Mampukah Eyda Amanda menyelamatkan rumah tangganya?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content