Banglo Seksyen 12 (2024)

SHARE:

Filem 'Banglo Seksyen 12' diinspirasi daripada novel seram karya Hasrudi Jawawi akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 25 Januar...

Filem 'Banglo Seksyen 12' diinspirasi daripada novel seram karya Hasrudi Jawawi akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 25 Januari 2024.

Banglo Seksyen 12
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 25 Januari 2024
Penulis Novel: Hasrudi Jawawi
Penulis Skrip: Dharma Nasution
Pengarah: Dharma Nasution & Intan Ladyana
Produksi: Prisma Pictures Sdn Bhd

Barisan Pelakon
Intan Ladyana
Mustaqim Bahadon
Hariz Hamdan
Silfeny Osman
Aniq Suhair
Faez Malek
Harris Alif

Sinopsis Banglo Seksyen 12
Mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

Keadaan menjadi misteri apabila kumpulan paranormal yang datang ke lokasi menemui beberapa mayat tanpa kepala di dalam banglo itu. Mereka menemui seorang remaja (Fahmi) yang terselamat, mukanya berlumuran darah dan sedang ditenangkan oleh seorang wanita (Dr. Saleha) yang memperkenalkan dirinya sebagai pakar psikologi.

Dr Saleha menyatakan bahawa kronologi misteri pembunuhan pada 2006 adalah sama seperti yang berlaku pada malam itu. Dia merupakan doktor yang merawat remaja yang terselamat dari kejadian misteri yang lalu.

Selepas dipujuk oleh Dr Saleha, Fahmi yang masih trauma menceritakan perkara misteri yang berlaku sebelum semua rakannya hilang dan meninggal dunia. Dirinya seakan memasuki dunia lain ketika berada di dalam banglo itu.

Selepas didesak bertubi-tubi oleh ketua kumpulan paranormal untuk menceritakan kisah sebenar, Fahmi memberitahu ada makhluk besar membunuh rakannya di banglo itu. Adakah makhluk itu hanya ilusi atau jelmaan yang dipuja oleh sekumpulan remaja sebelum ini?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content