Drama Enjoy Your Stay (TV2)

SHARE:

Saksikan drama komedi 'Enjoy Your Stay' lakonan Harris Alif dan Aisar Khaled akan bersiaran bermula 31 Januari 2024 (setiap hari Rab...

Saksikan drama komedi 'Enjoy Your Stay' lakonan Harris Alif dan Aisar Khaled akan bersiaran bermula 31 Januari 2024 (setiap hari Rabu), jam 9 malam di TV2.

Enjoy Your Stay
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 31 Januari 2024
Waktu Siaran: Rabu, 9:00 malam
Rangkaian: TV2, RTMKlik
Penulis Skrip: Adza Emie Adenan
Pengarah: Muhamad Ikhsan Sukiman
Produksi: Unit Drama RTM

Watak Pelakon
Harris Alif sebagai Sean
Aisar Khaled sebagai Beber
Azam Pitt sebagai Cef Ain
Sangeeta Krishnasamy sebagai Sangeeta
Risteena Munim sebagai Sofia
Ruby Ooi sebagai Kak Maggie
Amelia Henderson
Anding Indrawani
Dewi Liana Seriestha
Tony Eusoff
Sahronizam Noor
Mubarak Majid

Sinopsis Enjoy Your Stay
Kehilangan Tuan Rudi sudah menjadi buah mulut pekerja Damai Beach Resort. Dua pekerja am iaitu Sean dan Beber diangkat menjadi pengurus segera kerana mereka yang paling lama berkhidmat di resort tersebut selain Kak Maggie yang menghidap amnesia.

Sean dan Beber mempunyai dua sikap yang berbeza namun mereka perlu bersama-sama menjadi pengurus hotel untuk menyelamatkan hotel tersebut daripada ditutup sementara menunggu kepulangan Tuan Rudi dan mendapatkan gaji mereka yang tertunggak.

Kak Maggie meskipun amnesia namun dia cekap tentang kedudukan kewangan hotel. Sangeeta pula merupakan graduan jurusan undang-undang yang bekerja di bahagian ‘housekeeping’. Manakala Cef Ain adalah seorang cef berasal dari kaum Iban yang bangga dengan suku etniknya.

Sofia yang ditawarkan kerja oleh Tuan Rudi datang untuk bekerja dan secara tak langsung membantu mereka yang lain untuk menyelamatkan hotel.

Dalam waktu dua pengurus baru ini menguruskan hotel mereka yang diambang kemuflisan, pelbagai kisah lucu dan perkara pelik yang terjadi kepada mereka. Dapatkah mereka menyelamatkan Damai Beach Resort dan mendapatkan gaji mereka yang tertunggak?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content