Jadual Gaji 2024 Tarikh Bayaran Gaji Kakitangan Awam Kerajaan

SHARE:

Bilakah tarikh pembayaran gaji atau Jadual gaji 2024 bulanan penjawat awam / kakitangan kerajaan? Mereka yang bekerja pasti mengharapkan upa...


Bilakah tarikh pembayaran gaji atau Jadual gaji 2024 bulanan penjawat awam / kakitangan kerajaan? Mereka yang bekerja pasti mengharapkan upah atau gaji pendapatan hasil bekerja. Pembayaran gaji bergantung kepada tangga gaji termasuk pangkat (jawatan), kelayakan dan skill masing-masing dan dibayar dalam bentuk bayaran harian, jam dan paling sinonim dalam bulanan. Tidak terkecuali kakitangan awam kerajaan (Penjawat Awam).

Pembayaran gaji kakitangan awam pada kebiasaannya dibayar pada hujung bulan. Pada waktu inilah, mesin ATM atau bank sesak dengan pekerja membuat urusan kewangan hasil penggajian mereka. Selain gaji, bonus juga merupakan perkara yang ditunggu-tunggu. Untuk kemudahan semua penjawat awam, Jadual Pembayaran Gaji 2024 Bulanan Kakitangan Awam / Kerajaan dikongsikan di bawah ini untuk rujukan semua.

Jadual Pembayaran Gaji 2024 Kakitangan Awam (Jadual Gaji 2024)

Berikut dikongsikan jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan 2024 kakitangan awam yang mungkin dapat membantu anda dalam merancang percutian atau balik kampung sesuai dengan cuti persekolahan Malaysia. Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali dan jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti berikut.

TERKINI : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke -18 bahawa bayaran kenaikan gaji tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam gred 11 hingga gred 6 dan akan bermula Januari 2023. Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 yang akan diberikan kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah sebanak RM700 dan pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen sebanyak RM350 pada Januari 2023. Maklumat lebih lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut adalah maklumat pembayaran gaji bagi tahun 2024. Waktu kritikal adalah pada waktu menjelang Hari Raya Aidilifitri. Pembayaran gaji seterusnya akan mengambil masa yang lama disebabkan gaji telah dibayar awal untuk persiapan Hari Raya.

Semakan dan cetakan gaji bulanan kakitangan awam boleh dibuat secara online di JANM

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan 2024

Berikut dikongsikan tarikh penting dari makluman Surat Pekeliling Akauntan Malaysia yang tertakluk kepada perubahan.

Maklumat bayaran gaji 2024 yang dikongsikan memaparkan maklumat bulan/ tarikh/ jenis perayaan – jika ada dan hari.

Berikut adalah maklumat tarikh pembayaran gaji beserta bulan, tarikh, hari dan nota. Hampir kebanyakkan hari pembayaran gaji adalah pada hari Jumaat. Terdapat 2 kali pembayaran gaji diawalkan disebabkan oleh perayaan utama di Malaysia.

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan 2024
Di bawah adalah tarikh penting dari makluman Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2023 untuk tarikh dan pembayaran emolumen tahun 2024:-

  1. Januari
    • 24.01.2024, Rabu (HARI THAIPUSAM : 25 Januari (Khamis))
  2. Februari
    • 23.02.2024, Jumaat (TAHUN BARU CINA : 10 & 11 Februari (Sabtu & Ahad))
  3. Mac
    • 25.03.2024, Isnin
  4. April
    • 25.04.2024, Khamis (HARI RAYA AIDILFITRI : 10 & 11 April (Rabu & Khamis)
  5. Mei
    • 24.05.2024, Jumaat (HARI PESTA KAAMATAN : 30 & 31 MEI (Khamis & Jumaat))
  6. Jun
    • 13.06 2024, Khamis (HARI GAWAI : 1 & 2 JUN (Sabtu & Ahad) HARI RAYA AIDILADHA : 17 & 18 JUN (Isnin & Selasa))
  7. Julai
    • 19.07.2024, Jumaat
  8. Ogos
    • 23.08.2024, Jumaat
  9. September
    • 25.09.2024, Rabu
  10. Oktober
    • 24.10.2024, Khamis (HARI DEEPAVALI : 31 OKTOBER (Khamis))
  11. November
    • 25.11.2024, Isnin
  12. Disember
    • 19.12.2024, Khamis (HARI KRISMAS – 25 DISEMBER (Rabu))
Lampiran Jadual Pembayaran Gaji 2024 Penjawat Awam
(Satu tarikh gaji untuk semua negeri)


Nota
Tarikh pembayaran gaji 2024 masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh ANM dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa

Maklumat Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Semoga jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2024 (tarikh pembayaran gaji) yang dikeluarkan jabatan akauntan negara malaysia janm ini pastinya akan memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam). Dalam merancang perbelanjaan isi rumah serta perbelanjaan Individu mereka kearah kehidupan yang lebih terjamin untuk masa hadapan..

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content