Drama Perempuan Ilmu Hitam

SHARE:

Saksikan siri terbaharu Tonton Original berjudul ‘Perempuan Ilmu Hitam’ arahan Amor Rizan mulai 29 Februari 2024, setiap Khamis di tonton.co...

Saksikan siri terbaharu Tonton Original berjudul ‘Perempuan Ilmu Hitam’ arahan Amor Rizan mulai 29 Februari 2024, setiap Khamis di tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Perempuan Ilmu Hitam
Episod: 10
Tayangan di Tonton: 29 Februari 2024
Waktu Siaran: setiap Khamis
Penulis Skrip: Rozie Rashid & Liza Nur
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Watak Pelakon
Siti Hariesa sebagai Lisa
Chacha Maembong sebagai Afifah
Fify Azmi sebagai Sara
Didie Alias sebagai Mbah Nira
Nazim Othman sebagai Cairyl
Josiah Hogan sebagai Azhar
Zaki Azeman sebagai Nasrun
Syazwan Zulkifly sebagai Bakri
Ashraf Muslim sebagai Syamil
Shah Farid sebagai Pak Samad
Rasyid Jaafar sebagai Tok Ketua
Nur Qaseh Shuhada sebagai Siti
Nurul Fazreyna sebagai Nina

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Takkan Bahagia
Penyanyi: Shaz
Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito, Sang Hitam
Lirik: Mas Dewangga, Jova Devito

Sinopsis Perempuan Ilmu Hitam
Tiga remaja yang bernama Azhar (Josiah Hogan), Bakry (Syazwan Zulkifly) dan Cairyl (Nazim Othman) daripada keluarga korporat yang ternama di Malaysia. Setelah mula berjinak-jinak dengan pornografi, ketiga-tiga mereka ini telah mengalami ketagihan seksual. Remaja berusia belasan tahun telah menjadi sasaran demi memuaskan nafsu mereka.

Bagi memudahkan kegiatan mereka ini, Azhar telah mendesak anak pemandu kepada bapanya, Nasrun (Zaki Azeman), untuk melaksanakan aktiviti ‘memburu’ (hunting game). Aktiviti ini telah menjadikan Lisa (Siti Hariesa), Afifah (Chacha Maembong) dan Sara (Fify Azmi) sebagai mangsa. Gadis-gadis ini telah dirogol secara beramai-ramai. Lebih malang lagi, dek rasuah, nasib mereka ini tidak terbela. Setelah kejadian tersebut, Sara telah mengalami tekanan perasaan. Dia berhenti bercakap dan mengalami kemurungan.

Setelah tujuh tahun berlalu, Inspektor Syamil tetap kekal nekad untuk mendapatkan keadilan bagi kes ini masih meneruskan penyiasatan. Lisa kini menggalas tanggungjawab sebagai pekerja sosial. Dia berdepan dengan kes seorang remaja orang asli yang bernama Bayu yang telah menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki. Lisa cuba sedaya upaya untuk memulihkan semangatnya.

Inspektor Syamil dan Lisa bertungkus-lumus untuk mencari dalang di sebalik kejadian yang menimpa Bayu. Siasatan tersebut telah merungkai situasi yang lebih rumit. Lisa mula sedar bahawa Nasrun telah dipergunakan oleh Azhar dan rakan-rakannya untuk mencari mangsa baharu.

Lisa telah mendesak Afifah untuk bekerjasama dengan Mbah Ngai (Didie Alias) bagi membantunya menyiasat kes ini dengan lebih mendalam. Desakan ini bukan mudah untuk diterima oleh Afifah yang telah cuba sedaya upaya untuk melupakan kisah pahit yang lalu itu. Pada mulanya, dia telah menolak permintaan Lisa ini.

Namun, apabila cucu ketua kampung mereka, Siti, juga menjadi mangsa baharu, Afifah tekad untuk menuntut keadilan. Caranya lebih ‘halus.’ Maka, bermulalah misi membalas dendam dengan cara seruan syaitan. Apakah yang bakal terjadi?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content