Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Astro Ria)

SHARE:

Nantikan drama adaptasi novel Dedaun Hijau Di Angin Lalu karya Manaf Hamzah akan datang di slot MegaDrama Astro Ria. Diarahkan oleh Jamal Kh...

Nantikan drama adaptasi novel Dedaun Hijau Di Angin Lalu karya Manaf Hamzah akan datang di slot MegaDrama Astro Ria. Diarahkan oleh Jamal Khan dan menampilkan Harissa Adlynn dan Redza Rosli sebagai pelakon utama.

Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Episod: -
Tarikh Tayangan: Jun 2024
Rangkaian: Megadrama Astro Ria
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: SR One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Harissa Adlynn Halim sebagai Intan Samad
Redza Rosli sebagai Assad Effendi
Kael Noah sebagai Ismadi
Saidah Kamarudin sebagai Rubiah
Faye Kusairi sebagai Jamaliah / Kak Lia
Razman Mahayuddin sebagai Suratman
Aleza Shadan sebagai Marina
Esma Dainal sebagai Khairuddin
Wanns Ahmad
Idzham Ismail

Sinopsis Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Intan dibesarkan dalam suasana penuh ranjau di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya. Dia dipandang hina oleh orang kampung kerana dianggap seorang anak luar nikah. Namun Intan sentiasa bersabar dan terus berusaha untuk menjadi seorang yang mempunyai pekerti yang baik.

Assad pula seorang doktor muda yang berasal daripada keluarga berada di tanah besar. Sungguhpun begitu, dia sering berhadapan dengan tipu daya sehingga dia tidak mudah mempercayai ketulusan hati orang lain dan adakalanya dia memilih untuk bersikap sinis, hingga ada yang terluka dan kecewa.

Takdir telah menemukan dua insan yang datang daripada berlainan arah. Malangnya, pertemuan itu dinodai fitnah orang. Intan dan Assad dipaksa bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak diingini.

Lantaran itu Assad meragui ketulusan isterinya, dia menganggap Intan hanya layak dilayan seperti orang gaji.

Sedangkan Intan yang serba naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sebaik mungkin. Begitulah kehidupan mereka suami isteri. Dalam kelam-kabut, musuh Assad pula berusaha memasukkan jarum halusnya.

Dan kehidupan Intan terus dilanda dengan pelbagai rintangan dan bahaya yang mampu menggugat kemampuannya. Dapatkah dia bertahan demi mengecap kebahagiaan yang diimpikan? Atau dia akan rebah jua dan hilang pertimbangan? Berapa lamakah dia sanggup menerima layanan buruk suaminya? Dan selama manakah mampu suaminya membina benteng keegoan diri?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content